Baby selalu kena pukul/cakar

nak share sikit, baby saya baru sebulan lebih. Sepanjang berpantang ni duduk rumah mak mertua. So ada seorang jugak anak buah baru umur 2tahun. tapi anak buah saya tu suka geram/kasar dengan baby saya. sampai kepala , muka berdarah2 kena cakar. Kena tekan dengan kuku smpai berdarah. kena gigit. Bila saya tegur and marah sikit, mak mertua gelak2 je tengok anak saya kena pukul/cakar smpai berdarah mcmtu. asyik cakap "biasala budak2. Dia tktahu apa lagi. Nak berkawan tapi tk pandai" 🥲🥲. Mak bapaknya pun takde pun nak ajar anak dia mcm jentik ke tangan tu or tegur anak dia. Normal ke benda mcmni🥲

4 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Betul, budak memang macam tu. Tapi yang tak betulnya takde guidance daripada orang tua. Parents yang kena didik anak cara untuk bersosial, untuk kawal emosi, untuk luahkan emosi, etc. Tak semestinya kena naik tangan untuk ajar anak. In your story, saya kesian kat awak, baby dan anak buah tu. Kesian kat awak sebab awak dalam postpartum phase. Belum fully recover lagi. Kesian kat baby sebab baby tak boleh nak protect diri sendiri lagi. Mengharapkan awak dan suami untuk protect dia. Kesian kat anak buah sebab tiada proper guidance and attention. Saya cuma boleh nasihatkan awak untuk balik rumah sendiri or rumah family awak, atau minta suami yang tegur, atau jauh kan baby daripada anak buah.

Baca lagi
TapFluencer

tak normal, sptutnya kena tegur, ajar budak tuh ckp tak bole buat adik mcm tuh ,kena kawan elok2x dia kcik lagi, tgok adik luka ,kesian dia etc la. bukannya patut gelak & kata mcm tuh, mmg la dia tak faham, tak pandai nak kawan tapi kita yg dewasa yg kena ajar cara bkawan elok2x, bukan biar. habis kalau mcm tuh mmg tiap kali ada budak lain dtg, dia buli la. aishh, geram pula kitanya dgn org tua mcm ni. 😌 . awak bole bgtau husband tak suruh pesan or ajar anak buah dia tuh. please la jgn biar, budak tuh fasa nak kawan, kalau ajar elok, elok la dia kawan.

Baca lagi

ayoooo..masa bdk2 ni la kena ajar dari awl ape y Salah or x..kena tegur klau x dia mmg xtau apa y dia bt tu Salah..org Kate tego ikut umo.parents mmg kena main peranan.pernah d situation camtu ank nyaris nk kena pijak2 dgn cousin..klau tolak tu selalu sampai terlentang.kite dah tegur dgn baik tp xde y bekup terpaksa jauhkan dari bdk tu

Baca lagi

Sis kena bertegas.Cakap direct jangan dekat dengan baby,risau ada batuk ke selesema ke tangan kotor terjangkit pada baby ke.Nanti kalau jadi pape pada baby,sis jugak yang susah.Mulut ada,kena bersuara.Dah penat mengandung,bersalin jangan duk biar je baby tu kena cakar2/berkasar.Tolong kesiankan baby & diri sendiri dulu.

Baca lagi