Umur kandungan tak sama dgn tarikh last period

Hello mummy. Sy nk tanya, kenapa ya umur kandungan tak sama dgn tarikh last period? Sbb kalau ikut period, kndungan sy dh dekat 19 minggu. Tp Dr cakap baru 16 minggu. Bila search internet, sy tgk baby 16 minggu belum wellform bentuk macam ni. Ni yg latest scan baby sy aritu. Sy jd confuse sbb tak tahu tarikh sebenar due. #firstbaby #pleasehelp #firstmom

Umur kandungan tak sama dgn tarikh last period
7 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

boleh cuba baca penjelasan dr doctor imelda balchin pakar o&g Ramai orang tak faham bagaimana kita kira usia kehamilan, dan buat banyak fitnah bila ada pasangan suami-isteri yang bunting pelamin. Orang perempuan tu bukannya robot tau tak. Kitaran haid kebanyakan orang perempuan tidak datang tepat setiap 28 hari macam robot. Ada variasi setiap bulan. Untuk perempuan yang sihat dan normal itu, kadang-kadang dapat haid 24 hari selepas permulaan haid bulan lepas, kadang-kadang 32 hari, kadang-kadang 26 hari, kadang-kadang 34 hari. Variasi di antara 21 hari hingga 42 hari dikira sesuatu kebiasaan dan normal. Inilah dinamakan normal menstrual cycle. Chek tau ramai orang lelaki dah pening kepala bila baca setakat ini. Takpa chek sambung cerita bagi lagi pening. Sambung lagi naaaaa…. Jika ovulasi (iaitu telur ovum dilepaskan dari kilang ovari) berlaku awal dan ia tidak dipersenyawakan oleh sperma, maka haid akan datang awal. Jika ovulasi berlaku lebih lewat dan ia tidak dipersenyawakan oleh sperma, maka haid akan datang lebih lewat. Jadi bila haid akan datang setiap bulan bergantung kepada bila ovulasi berlaku setiap bulan, dan ini boleh berbeza-beza untuk perempuan yang sihat, subur dan normal. Variasi atau kelainan, ialah normal untuk perempuan. Kalau tak pening kepala lagi, sila sambung baca. Tetapi kebanyakan orang perempuan tak tahu bila ovulasi berlaku. Kebanyakan perempuan tidak tahu bila persenyawaan telur dan sperma berlaku. Kebanyakan perempuan tidak tahu bila janin itu melekat dalam dinding rahim, iaitu implantation. Hanya bila ada implantation, barulah kehamilan bermula. Jadi, bagaimana nak kira tarikh yang dianggarkan akan bersalin, jika tak tahu bila kehamilan bermula? Tu diaaaaa….. Pasai kita tak tahu bila ovulasi dan implantation itu berlakulah, kita mesti kira kehamilannya dari tarikh hari pertama datang haid, iaitu last menstrual period (LMP). Sebab yang ini pasti betulkan? Errr ini pun ramai perempuan tak ingat dan beri tarikh LMP yang tak betul. Kita kira anggaran tarikh akan bersalin ialah 40 minggu dari LMP. Tetapi, perempuan itu hamil hanya 38 minggu. Sebab itulah kalau kahwin 2 minggu selepas LMP, dan dia bunting pelamin, bila sampai 30 hari selepas LMP dan haid tidak datang. Jika pregnancy test itu positif, maka kita kata dia hamil 30 hari walaupun baru saja kahwin 14 hari. Zaman sekarang, ada dua cara untuk membuat anggaran tarikh bersalin (Estimated Date of Delivery, EDD) dengan lebih tepat. Pertama ialah kehamilan IVF, dimana kita tahu berapakah usia embryo yang diletak di dalam rahim. Kedua ialah ultrasound scan ukuran saiz embryo. Jadi, perempuan tak payah ingat apa LMPnya pun kita boleh berikan tarikh EDD. Siapa masih pening kepala, tarik nafas dalam-dalam, lepas tu baca semula naaaaa. Nak memahami perempuan, memang kena tahu ini dulu. Kemudian, chek nak tambah lagi. Jika perempuan itu kata selalunya haidnya regular setiap bulan pun, ovulasi boleh berlaku awal pada hari ke-11 atau lebih lewat pada hari ke-19. Perbezaan beberapa hari boleh memberi perbezaan yang ketara kepada saiz embryo. Sebab inilah EDD yang dikira dari LMP itu tidak setepat EDD yang dikira dengan ukuran saiz embryo melalui ultrasound scan, dan doktor akan tukar EDD mengikut ultrasound ukuran saiz embryo yang diukur diantara 12 dan 14 minggu kehamilan sekiranya ia berbeza dari EDD yang dikira dari LMP. Tapi chek nak pesan sikit kat jururawat dan doktor junior. Jika patient hangpa kata dia IVF pregnancy, hangpa tanya saja kat dia apa EDD yang pakar gynae IVF dah beritahu patient tu dan hangpa terima sajalah tarikh EDD itu. Toksah laaa dok sebuk nak beri tarikh EDD patient itu melalui kiraan dari LMP dah, dan toksah dok sebuk nak tukar tarikh EDD melalui ukuran saiz embryo. Tarikh EDD yang paling tepat sekali untuk IVF pregnancy ialah tarikh EDD yang doktor IVF dah beritahu patient itu. Toksah tukar naaaaa…. Sekian, terimakasih.

Baca lagi
Post reply image

Mcm sy jgk.n ade tny dr haritu.dr ckp mmg xsame.thats y dia ambik edd depends on scan.bukan ikut lmp kiter.sy smpai repeat 3x scan.klu ikut lmp dh within 25w.tp klu ikut progress baby mase scan bru nk masuk 23w.means gap dlm 2w jgk la.dont worry sis.asalkan baby sihat n aktif

normal lah tu , proses persenyawaan berlaku lambat .. saya pun sama kalau ikutkan tarikh period usia baby dah 20w keatas tapi sekarang baru masuk 22w .. lagi2 kalau ada masalah period tak teratur macam saya memang usia baby akan lari sikit atau banyak ..

2y ago

huhu yelah itu je yang dirisaukan , takut edd tak tepat ja tapi doa yang baik2 jerlah inshaallah

sya pnya umur baby lari sikit je...klau ikut trikh last period dah 21w1d...klau ikut klinik 20w5d...tapi xkisah pun lari bnyak mana...selagi doct/nurse cakap baby sihat...membesar ikut kiraan pun dah bersyukur sngt...

I believe nnt besar lagi sikit boleh dptkan duedate yg lagi tepat, dan kalau rasa nak kepastian, boleh pergi klinik ibu dan anak yg lain to get second opinion.

2y ago

Saya punya cycle 30 days bukan 28days, 1st scan baby kurang seminggu dari Last period date, 2nd scan - baby dah jadi sama size as per last period date. So mmg berubah2 lah masa dia kecil lagi ni.. better tunggu dah lebih 20 weeks, masa tu probably the growth lebih consistent dan lebih tepat EDD dia.

Sy pun lari jauh mcm sis, ikut lmp due date pttnya dlm 2/12 tp ikut scan due sy 19-20/12..nk ke 3 mggu gk lh larinya. Xsbr lk nk tgu December ni.

Mcm saya pulak period x teratur. Kalu ikut lst period mmg 21 week dah.. kalau ikut scan 2 kali dh dekat private dan gov baru 14 week

2y ago

Kan. Sy pn heran. Kemarin sy checkup, rupanya dh 18 minggu dh