baby 5 bulan

mummy nak minta pendapat , Macam mana nak elakkan orang main suap kan makanan kt anak kita , aritu bagi makan waffer lepastu bagi minum kopi pula . Nie dalam kalangan keluarga yang dekat . Saya geram bila saya leka g dapur atau pergi mana . Cepat ajaa suap anak saya memacam kt mulut . Pastu nie air kopi pula geram saya #firstmom

6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Kena pesan selalu tapi secara berhemah. Awak dengan suami kena bekerjasama dan sama2 tegas. Kalau awak sorang je yang tegur dan pesan, a bit struggle sebab orang akan perlekehkan pesanan kita tu. Macam yang awak lalui ni, anak awak di suap air kopi. If I were you, saya akan terus cakap kat orang tersebut 'Baby bawah 6 bulan tak boleh suap apa2. Baby boleh minum susu je. Bila dah start makan pun sama. Tak boleh sebarangan suap. Saya dan suami memang jaga betul pemakanan anak. Paediatrician anak dah pesan awal2 kat kami. Nanti apa2 jadi kami yang susah. Let's say kalau jadi apa2, jumpa paed, paed tanya bagi makan apa. Kami nak jawab apa, sebab tak tahu punca. Harap lepas ni tanya kami dulu sebelum nak suap anak ya'. Tipu la kalau takde bunyi2 yang 'anak orang lain boleh je. Okay je makan macam2. Calit2 sikit je buat rasa2. Ala doktor memang macam tu. Kesian baby meleleh air liur lapar bla bla bla'. Hahahha and my reply was 'ohh itu anak orang lain. Ikut parents dia la. Ni anak kami. Tak sama. Lepas ni tanya dulu ya'. Now anak dah 1year++, semua orang akan tanya dulu sebelum nak suap anak dan tak suap sebarangan. Alhamdulillah.

Baca lagi
9mo ago

insyallah saya cuba tips nie , Terima kasih mummy

kalau saya ,saya pesan awal2 jangan memandai nak suap bukan ii ehh ....takkisah sape ii laki sendiri ke ,mak laki ke mak sendiri ke ayah ke adik beradik ke ...semua saya warning habis...kite dah jd ibu kena tegas sikit ...xleh nak jaga hati orang sngt ...anak lgi penting

9mo ago

itu lah bila nak marah nanti , takut rasa hilang hormat pula 🥲

Guna kuasa veto mak2 sis, sound je direct. Pakej perli sekali. Lps tu sis buat pekak. Yg penting muka maintain. Sbb jnis yg suap2 sesuka hati ni, ckp elok2 x jln sgt. 😂

9mo ago

yer, kekadang kita tak perasan kan . Tapi ada yang lain perasan n tengok jer anak kita kena suap tkde siapa nak tegur . Kita as parents memang overprotect.

hi mom.. boleh tegaskan hanya susu je boleh suap kat anak tu pun dengan kebenaran. sb klu ada apa2 kat baby org lain hny mampu cakap "KECIAN" tp semua parents y tanggung.

9mo ago

betul sangat mummy 🥲🥲 kot kot perut baby sakit ke kepala dah pening ke mn baby dpt bgtau. hnya dngan tangisan je. parents jg y sanggup berjaga utk pastikan baby ok.

sila protect anak dan set boundaries. sebab pape jadi kat anak kita yang hadap.

9mo ago

itu lah kita nie dh semangat n protect , bila kita ke dapur n bagi kat adik jaga pastu tahu tahu mulut anak dh bau kopi bila tnya , baby dh kena suap kopi siap ckp " selamat tak tido baby" ya allah time tu saya siap korek n cuci mulut baby sambil menangis .

Bab ni sy tak kisah kau siapa, sy tegur je.