Tenang dalam proses hamil
Hi mummies. Nak tanya, macam mana mummies bertenang je sepanjang kehamilan? Sy baru 9w. Tapi selalu risau baby ok ke tak sebab ada spotting coklat. Dah refer ke klinik dan makan duphaston. 2 minggu dah. Alhamdulillah setakat ni masih ok. Cuma, macam mana mummies semua lalui hari macam biasa? Sebab setiap hari kan simptom yg datang berbeza. Contoh harini mual teruk, esok ok. Harini pening, esok ok. #ingintahu