40 Balas

Masyaallah tabarakallah Alhamdulillah.. syukur pd Allah sbb memberi kita zuriat yg comel dan sihat.. ada pasangan yg lama menanti tp tiada rezeki lagi utk menimang cahaya mata.. bila kita menjadi ibu.. baru lah kita rasa sakitnya nk bersalin dan alahan2 masa mengandung.. begitulah ibu2 kita lalui utk melahirkan kita.. menjaga kita hingga kita dewasa.. tanpa pengorbanan dan kasih syg mereka, tiadalah siapakah diri kita hari ini.. dgn berkat doa org tua kita.. ingatlah sampai bila pun dorg adalah IbuBapa kita.. malah di akhirat nanti.. selalunya apa yg kita rancang tidak jadi tp rancangan Allah lah yg sebaik-baiknya.. mgkin senang utk berkata2 tp sukar utk terima atau redha.. tp kalau kita redha, indah dan tenang kita dpt.. Insyaa Allah.. xpelah, perkara ni boleh berbincang dgn baik, pandai2lah tapi secara berhemah tanpa lukakan hati mana2 pihak terutama suami dan ibubapa kita atau mertua… merekalah org yg paling penting dlm hidup kita dan ingatlah ini semua hanya pinjaman dan semua adalah milik Allah semata2.. kita hanya di amanahkan sahaja.. diri kita ni milikNya.. sy pun bukannya hebat, seorg lemah jg dan insan biasa yg jg lalui byk ujian yg bertalu2 tanpa henti tp pengalaman itu membuat diri ini belajar redha dgn ketentuan-Nya… sy ibu kpd 9 org ank tp skrg tinggal 8 org.. sorg dh kembali kpd Pencipta masa usianya hampir 10bln.. arwah ank no 2 sy… isu nama ni sy serah semua pd suami, apa yg penting maksud dan panggilan yg elok.. sbb akan menjadi doa kerana hari2 kita akan panggil anak dgn nama atau panggilan yg kita letakkan pd anak itu.. xpelah, mgkin atuk atau tok nk letak nama yg dorg ingin kan.. beri je sbgai ‘hadiah’ terima kasih melahirkan dan membesarkan kita.. apa salahnya membahagiakan hati dorg.. lihatlah syurga hakiki yg kita inginkan.. ini semua sementara je.. apa salah yer kan.. boleh lahirkan anak lagi, letaklah nama yg kita inginkan.. atau pun ank yg akan dtg kita bg peluang dorg letakkan nama.. lepas tu bincangkan lah dgn cara berhemah kalau nama tu sesuai ke tidak.. jgn jadikan sesuatu masalah menjadi rumit.. elakkan rasa tidakpuas hati dlm ikatan kekeluargaan ni.. kita pun x tahu berapa lama kita akan bersama.. semua yg sy nasihatkan ni dituju jg utk diri sy jg.. sama2 lah kita baiki yg mana boleh kita baiki agar ikatan kekeluargaan semakin utuh bukan regangkan.. jgn memberi kegembiraan pd musuh Islam terutama syaitan.. maaflah kalau kata2 sy yg salah dan menyakitkan.. itu semua kelemahan sy dan yg baik itu semua dtg drp Nya.. ☺️

sama macam saya lah . family suami semua nak suruh letak nama anak perempuan Hawa , nama anak lelaki Adam . padahal kita ni tak berkenan sebabnya anak sulung kakak ipar dah nama adam . pastu sekarang saya pregnant nakletak nama lain , dorang macam tak suka . pastu tetiba kakak ipar pulak pregnant lagi jarak dengan saya dalam sebulan ke dua bulan gitu . dorang berharap anak yang dikandung tu perempuan la sebab nak letak nama Hawa . itu dorang punya hal lah , saya takda pun nak bantah nama apa dorang nakletak kat anak . bila turn saya , nak nama sama jugak . suami pun beria cari nama anak adam jugak . saya awal awal lagi dah bantah . saya nak jugak nama yang saya pilih tu . lama lama suami pun okay dengan nama tu cumanya mak mertua jelah macam kureng sikit . kesah pulak aku , anak aku kan bukan anak dia 🤣 dia nakletak nama tu pegi pregnant lain

Parents saya pun ada jugak tanya tanya bg nama apa dekat baby, tp i dgn husband tak pernah disclose, just cakap tak sure lagi sbb belum confirm. Just cakap je mcmtu. Kalau bgtahu nama confirm punya ada bunyi yg tak sedap di dengar. Nama tak sesuai la apa la. Dorang takde la sampai nak pilihkan nama utk baby i. Tp mesti akan ada comment. So sebab tu apa apa i cakap je tak fikir lg. Family in law i pun ok je nama apa pun. So sis, just stick with your nama pilihan. You as your baby parents lg berhak tau. Kesian suami you takkan nak kena follow parents you punya idea sedangkan tu anak dia. You can do it! 💪

Sis jangan stress tau bagus sis tanya sini sebab semua ibu ibu akan sokong sis, mcm kes saya 3 bulan lepas, mil fil tak kenan nama anak kitaorg, dari perut lagi dah biasakan nama tu, mil fil siap bagi nama lain ewahh hahahah, sbb katanya nama yg kami nak letak tu makna tak elok, ok kami pilih nama baru lepastu terus daftar. Kami dgr ckp mil fil utk tak letak nama yg memula tu sbb katanya makna tak elok tapi kami tak kenan dgn nama yg dorang nak, jadi kami cari nama baru terus daftar je sis, ha lepastu semua diam. elok je panggil nama anak saya skrng dgn apa yang daddynya daftarkan 😁

Sy dulu ank first mertua kalut letak nama huruf Z ipaq pun dok suruh letak Z😏 . Mentua siap chat personal suruh pilih bgi pilihan . Terus sy cakap taknak huruf Z 🤭 kita penat2 mngndung beranak semua sng2 ja nk bgi nama . Even mak kita sndiri pun tkdak nk kalut2 . Dahla nk letak huruf Z sama dgn family depa pulaktu . Anak2 dia semua huruf Z cukopla ni smpai ke cucu pun nk konker mmg daklaaa menantu nk stuju . Anak sniqi tkpala sniqi yg branak .. itupun lepas lepas padatu kdg2 dok pnggil nama ank kita aisy . Sdgkan nama ank kita alisya . Suka2 hati ja pnggil nama lain

Hi mommy. Sorry to hear that. Before i register nama baby dekat JPN abang ipar i paling sibuk suruh tukar nama, letak nama lain. Apa i buat, i pekakkan je telinga. Padahal orang2 tua lain okay je dengan nama yang i dengan husband pilih. Apa kata u register je nama baby macam u nak, lepastu ignore je apa parent u nak kata? This is your child. Dah la anak nak hidup dengan nama tu, takkan nak letak nama yang u sendiri tak berkenan. Kali ni u cuba jaga hati sendiri dulu dari your parent. U dah kahwin kot. Apa2 kena bincang dengan husband dulu dari parent.

Hi awak, ayah saya pun ada juga panggil panggil baby yang tengah kandung ni ikut nama dia suka sedangkan saya dan suami dah ada nama pilihan kami sendiri. Tapi, saya terus cakap direct dengan ayah saya jangan panggil baby dengan nama tu sebab saya dah ada nama pilihan sendiri. Direct je. Tu kan anak awak berbin/bintikan nama suami awak. Ada certain urusan hidup, tidak usah lah parents masuk campur. Untuk urusan selepas kahwin, biarlah ia jadi urusan awak dan suami. Good luck sis, inshaAllah semoga yang baik-baik untuk awak, suami dan baby 🤗

Kalau boleh minta pendapat dgn orang agama yg dua² belah saling kenal,mungkin asbah ustaz/ustzh tu bgi pendapt diorng buka hati & terima. Bincang elok² kalau x boleh jalan pakai je nama pilihan. Biar diorang panggil nama tu as nama panggilan dari kecil sampai besar. Cuma satu je laa bila dah tetapkan nama yg kita mahu & reject diorng pnya nma memng kena sabar tahan perlian,banding dll. Bila jadi isu mcm ni,satu saja, kena bersabar & berdoa selepas nama budak itu dah termaktub dalam sistem negara.

buat xthu je sis , sy pon mil sibuk nak namakan anak sy , sy ckp je yg suami sy tu dah la tglkn sy utk org lain ,pstu ada haty nak letak nma yg dlm kandungan , dah la duit bulanan x bgy . mse ddk skli ank kna chicken pox umur anak dah 3 tahun lebih , sibuk nak tukar nama anak 1st sy . ckp kt husband tp husband pon buat bodo ,last2 aq mula kurang ajar . sibuk nak tukar nama ank org, anak dia xde org nak nme kn ke smapai kebulur sgt . skrg ddk jauh drpd suami dan mil , tenang terus rsa ahahahaha

sama la saya pun, tapi mak metua sy pun sama campur jugak. siap dia wasap nama2 bayi yg dia nak. sy diam je. parent sy pun atur2 jugak. sy pun buat diam je. ada 1 hari adik sy tegur, bubuh la nama anak kau elok2. terus sy sound depan parent sy, nama kau nama nabi pun perangai mcm setan jugak pastu pemalas. smpai sekrang takde sape nak ungkit psal nama anak2 sy 😁. sama la mertua sy pun, suami sy tegur tak suka nanti takyah jumpa cucu. skrg pun takde isu nak letak nama anak2 kami

Soalan popular

Artikel Berkaitan