Hi moms. Disebabkan ada ibu2 kat sini struggling with diet di diagnose GDM, Saja nak share cara saya jaga pemakanan dari awal di diagnose GDM sampai 6m postpartum. Harap ianya membantu ibu2 kat luar sana
Sedikit pengenalan, saya ibu anak 2, kandungan pertama tak ada masalah walaupun hujung2 pregnancy berat mendadak naik. Total berat naik almost 20kg.Saya tak amal kan apa2 healthy lifestyle dan memang nak enjoy je masa tu.
Pregnancy kedua, mula2 ingat nak mengada juga lah layan mengidam makan macam2. Tapi awal trimester minum air gula dah sangkut GDM. Nurse minta pergi jumpa dietitian. Masa tu, memang tamparan hebat juga lah. Saya ambil darah juga hbA1c untuk tengok memang ada kencing manis ke tidak sebelum mengandung. Result keluar memang tak ada diabetic / prediabetic cuma nak dekat2 pre diabetic result 5.6 average 3months. Lepas jumpa dietitian dan kuasa google, saya start terus amalkan makanan sihat. Banyak yg saya belajar dari situ. Menangis kat husband sbb tak dapat makan cinnamon roll, mengidam sangat masatu 😝 tapi husband bagi semangat. Disini saya list kan lifestyle change 360 darjah
1. makan suku2 separuh, banyakkan sayuran dan fibre
2. Amalkan makan sayur dulu sebelum makan benda lain and try to eat carbs last. Saya belajar ni dari @glucosegoddess dari instagram. Boleh tengok dia punya profile k.
3. Kurangkan atau stop makan mee, pasta, roti canai dan sbg. Bukan tak boleh, tapi kandungan kalori dalam tepung lagi tinggi dari nasi. Jadi jumlah mee yg awk boleh makan tu lagi sikit. Kita mak mak mengandung ni cepat lapar so saya rasa tak berbaloi. Jadi makan nasi.
4. Nasi kalau yg berkemampuan, beli beras basmathi yg steam tu. Elok untuk diabetic
5. Roti- amalkan wholemeal / sourdough. Ini mesra diabetic. Saya ambil wholemeal masa sarapan pagi sahaja. 2 keping, tambah telur rebus campur mayo sikit, cheese dan unsalted butter. Jenama yg saya selalu guna, nanti PM tepi sebab panjang sangat 😂 nak senang, boleh tengok nutritional value sebelum beli, yg mana kurang gula atau tiada gula dan rendah kalori boleh beli.
6. Ulam-ulaman. Yg ni terpulang pada individu, sebab ada yg cakap tak boleh makan sayur mentah. Tapi sepanjang mengandung, saya amalkan pegaga. Mesti kena ada stock kat rumah untuk saya pair dgn makanan lain. Kalau tak berani makan mentah, boleh je masukkan dalam makanan. Timun pun boleh makan sebagai ulam dan baik untuk diabetic. So far, dua benda ni saya makan dan berjaya kawal BSP
7. Buah-buahan. Amalkan buah2 yang low GI seperti jambu batu, apple hijau dan apa jenis berries. Buah lain boleh je makan, tapi saya nasihatkan google dulu jumlah GI. Ada low, medium dan high. High GI 70 ke atas. Buah tu kalau boleh elakkan. Medium GI atas 55 macam pisang masak tu kalau selalu makan sebiji, ambil separuh sahaja.
8. Snacking. Saya makan buah low GI macam jambu batu dan apple hijau in between meal. Sy makan juga kekacang yg tinggi fibre macam Almond. Sama macam buah, kena rajin google GI & kalori kekacang juga.
9. Susu. Ibu2 boleh minum susu. Tapi kalau boleh minum susu fresh bukan susu tepung. Saya beli farmhouse sebab kandungan gula sgt sikit. Minum satu gelas sehari.
10. Yogurt. Makan greek yogurt tanpa perisa. Tengok nutritional value juga ya. Ambil yg paling sikit gula. Sy selalu juga breakfast overnight oat letak susu, yogurt, chia seed, almond dan buah pilihan. Tapi ikut sukatan yang betul supaya awk boleh kawal kandungan gula.
11. Banyakkan makan makanan kat rumah sebab kita boleh kawal ingredients. Makanan kat luar hatta sup pun ada yg letak gula jadi memang akan tinggi BSP lepas tu.
12. Senaman. Saya amalkan senaman 6 hari seminggu. 1 hari cuti. Jadual senaman pun ditetapkan oleh husband saya, dan diolah ikut kesesuaian ibu mengandung. Memandangkan husband pun seorang fitness trainer, saya takde alasan nak bermalas2 kalau dia train sebab beliau tegas orangnya. 😂. Nanti saya share kan senaman yg sesuai untuk ibu hamil dalam post yang lain ya kalau ada yg berminat. TAPI- sebelum awak buat senaman, minta nasihat midwife / doktor bergantung pada keadaan awak semasa hamil. DAn AMARAN pada ibu yang tak pernah aktif before mengandung untuk mulakan senaman yg ringan dulu dengan tempoh yg sekejap ya. PASTIKAN masa bersenam ada yg teman dan pantau.
Amalkan perkara diatas inshaAllah BSP terkawal. Peringatan, ini tips untuk GDM on diet ya. Kalau kena makan ubat, atau insulin mungkin kena tanya pendapat yg lebih pakar sebab saya takde pengalaman. Dan ini adalah perkongsian pengalaman peribadi saya je, mungkin pengalaman ibu lain berbeza. Pastikan juga BSP Terkawal sebelum senaman, sebab kalau hypo, awk akan pitam. Jadi makan sikit 30minit -1 jam sebelum workout.
Sedikit penambahan, ibu2 boleh google sayuran tinggi fibre dan herba yang boleh turunkan gula. Sy senaraikan sikit apa yg saya amalkan ya:
1. Curry leaf (pucuk muda)
2. Pegaga
3. Petai (fav)
3. Fenugreek(letak dalam masakan)
4. Chia seed
5. Timun jepun
6. Spinach
10 minggu lepas bersalin, saya fail MGTT. Jatuh prediabetic despite kawal ketat pemakanan. Sebab keturunan saya both parents pun ada diabetic. Jadi saya ada high chances nak dapat penyakit tu dan pregnancy speeda up the process. Sedih, jgn cakap lah. Nangis lagi saya. Tapi saya tak give up, saya teruskan amalan makan sihat sama macam masa mengandung. Bezanya mak tak workout dah sebab tak larat, tapi sebab menyusu badan, bantu juga bakar kalori hari2. Harini, dgn yakin 6m postpartum, buat blood test hba1c, result glucose dalam badan jatuh ke 5.3. Tak ada prediabetic. Alhamdulillah saya bersyukur sangat dan plan untuk teruskan lifestyle baru. Awal2 memang susah, tapi lepas setahun tak makan manis2, dah tak ada craving yg bukan2.
Lastly, jgn takut nak makan, tapi pilih la makanan yang betul. Kena rajin sikit je buat kajian makanan apa yg sesuai untuk badan kita dan ambil secara sederhana / berpatutan.
Saya doakan ibu2 yang sama nasib macam saya tabah hadapi ujian ni, dan dipermudahkan urusan, semoga mudah bersalin tanpa komplikasi. Semoga tips diatas membantu journey kalian 🫶
Heeda Nordin