Prolonged jaundice
Mommy2 yang anak ada kuning buat macam mana ye kalau perut baby kembung? Sebab doktor tak bagi pakai minyak telon di perut baby kalau masih ada kuning. Macam mana ya nak buat? Kesian baby saya asyik menangis perut kembung. #firstbaby
Baby saya kuning juga. Memang pakaikan minyak telon setiap kali lepas tukar pampers. Susu mixed bf & formula (lactogen). Alhamdulillah kuning dalam 2 minggu je. Kuning baby ni keluar melalui kencing & berak je. Bagi formula sebab nak bagi kerap membuang sebab awal2 susu tak banyak baby tidur je. Paksa minum pakai botol.
Baca lagiSaya pun xpernah skip minyak yuyi tu. Selain perut, sy sapu kat tapak kaki dgn belakang betis jugak. Alhamdulillah mmg baby banyak kentut pastu berak😂 baby kuat menyusu juga alhamdulillah kuning laju turun
sye tak skip minyak telon sbb elak kembung.. sye kurgkn pemakaian kipas angin ke bby dan kuatkn bgi susu tak kira bf atau fm.. alhamdulillah kuning turun dgn sendirinya melalui angin dan najis..
Baby saya pun prolong tapi pakai jer minyak telon sikit. Pastu nak kurang kan kuning , pergi mandikan baby dengan uncang mandian kuning yg jual kat kedai ubat cina. Saya buat menjadi.
Aik, pelik. Baby saya prolonged jaundice + g6pd juga, tapi saya pakaikan je minyak telon. Okay je takde masalah. Mommies2, do comment as well 🙋🏻♀️
Saya guna set tasneem jaundice serta campir bf dan susu formula. Alhamdulillah 3x cek turun kuning. Kenapa ye tk boleh guna minyak telon?
tak pasti tapi doktor pakar bgtau saya minyak telon penyebab kuning makin naik tinggi. Anak saya dah 2 kali warded
Preggers