11 Balas

benda ni dia tk boleh ikut orang, tengok situasi sendiri.. mcm sy letak anak kat babycot sekejap je letak belah suami sebab suami nak jaga tapi agak leceh sebab anak sy BF, then tukar pulak arah saya still leceh sebab nak angkat letak baby lepas menyusu kesudahan nya since anak 3m ke atas sy letak atas katil je tidur sekali.. saya laki bini alhamdulillah tidur bukan jenis lasak so kadang anak kat tengah anak kat tepi saya takda masalah.. tak kira umur pun cuma tak kira dari segi apa pun safety tu penting..

dari kat hospital lagi baby tidur sebelah saya. balik rumah pun sama. katil queen, tidur bertiga. baby kejap kat tengah, kejap kat tepi sebelah saya. depends on saya menyusu breast belah mana, sebab saya menyusu baring. bila ada baby auto suami pun jadi tak lasak tidurnya, dia sedar kalau ada baby sebelah dia. bila baby tidur kat tepi, masa tu lah saya menyelit kat suami kejap. kadang baby kat tengah pun sampai je usap2 rambut pipi ke etc.

Start anak saya dah mula merangkak, kitorang bentang toto je dekat lantai 😅 Letak lah berapa layer bagi tebal sikit. Sebelum ni berkongsi katil, muat je sebenarnya, tapi masing2 tak selesa. Kadang2 husband suruh saya je tidur dengan anak, sebab senang nak susukan dia 🥹

Waktu pantang baby dalam coat. Tapi mmg 2 jam skali bangun bg susu n tukar lampin. Bila dh 6 bulan dia pandai berguling, Saya letak kt tepi je. Katil queen. Sampai la skrg muat je bertiga suami saya kecik Saya sedang2. Anak guling2 tapi xpernah jatuh katil🤭

Saya baby 4 bulan baru co sleeping sebab husband jenis tidur mati & ganas. Saya pun selalu disikunya sepanjang tidur sama. Bila anak dah 4m baru saya kt tgh. Still risau kalau husband ganas. Sebab baby cousin meninggal tidur dihempap.

Anak 1st minum fm. So mmg letak dia dekat tilam sendiri je. Dia ok je. Anak 2nd dari lahir sampai skrg dah 4bulan tido sekali atas tilam queen. Tp tido sebelah sy sbb senang nak direct feed. Hehe

I guess it depends on parents itself. Kalau saya co-sleeping dengan baby since newborn sebab baby breastfeed. Saya, suami, anak tidur atas satu katil queen size. Tak tambah extra bed

Alhamdulillah saya dan suami setakat ni okay. Anak pun dah 2y. Tidur sekali lagi. Tempat anak kat tengah. Saya tidur belah kiri, suami tidur belah kanan anak. Lagi pun kami tidur tak lasak. Hehe Katil saya pun kecik awak. Queen size je. Ikut keselesaan awak dan suami la. Kalau tidur bawah lagi selesa, takpe. Bila dah ada anak, kita kena adapt & adjust. Tak semestinya dah ada anak, hubungan suami isteri tu jadi hambar. Suami isteri kena work on this together. Saya pun pernah juga ada episod tidur kat ruang tamu. Kami bentang toto tidur 3 beranak sebab waktu ni anak dalam fasa merangkak. Tak nak ambil risiko tidur atas katil. Sekali pun takde saya atau suami masuk tidur dalam bilik sorang2. Mesti tidur sama2 walaupun bukan sebelah2 🤭

dr lahir.. tp bkn sebelah sye, sebelah suami.. baby mnum fm.. jd mlm2 hsband yg bgn buat susu.. kami gne katil queen tp tdo belah melintang.. paham x mksd sye? 😅

Sy prefer letak atas dekat babycott yg kami cantumkan dgn our bed. Tapi, mmg separatekan. Sbb tilam dan mattress baby lebih baik utk kulit baby also.

saya start dri nb sbb anak mmg bf , tilam pun queen size je cumanya kami tidur bawah sbb anak beranak tidur lasak.

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan