Normal ke?

Hi mommies semua.. Nak tanya...ank sy dah 21hari..still ada kuning lg last bacaan 151..makin menurun tapi turun sikit jerr..baby bf sepenuhnya xde campur fm..sejak 2,3 hari ni baby tak berak..tapi kerap kentut..kencing mmg penuh pampers...baby pun xde meragam..normal tak..?#ingintahu #SeriusTanya #bantujawab

8 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Biasanya, bilirubin tinggi dalam darah bayi akan menurun selepas beberapa minggu kelahiran. Walaupun bilirubin masih ada selepas 21 hari, penurunan sedikit demi sedikit adalah perkara biasa. Kadar bilirubin 151 masih dalam lingkungan yang selamat, dan memang menurun sedikit demi sedikit adalah normal. Selagi bilirubin terus menurun dan bayi tidak menunjukkan tanda-tanda yang mencemaskan seperti kuning pada kulit atau mata yang semakin gelap, keadaan itu biasanya dianggap normal. Tentang bayi tidak buang air besar selama beberapa hari, tetapi kerap kentut dan kencing penuh pampers, ini juga boleh dianggap normal terutamanya jika bayi anda menyusu dengan baik dan tidak meragam. Namun, jika keadaan ini berlarutan atau anda bimbang, lebih baik berbincang dengan pakar kesihatan seperti doktor kanak-kanak atau jururawat kesihatan ibu dan anak. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut atau bimbang, adalah lebih baik untuk mendapatkan nasihat dari pakar perubatan. Semoga segalanya berjalan lancar dengan si kecil! https://invl.io/cll7hzz

Baca lagi

Anak saya minggu pertama lahir 252, saya ikhtiar nahla balm.. sapu dekat perut dan betis n tapak kaki baby. Alhamdulillah umur bby dua minggu dah turun sampai 66 . Dah discharge jaundis .. mommy try nahla balm. Dlm masa yg sama bf sejam sekali. Kejut bby walaupun dia tgh tidur. Jaundis ni yg sebabkan dia asik tidur je.. semoga dipermudahkan momyy

Baca lagi

sy suggest try beli nahla balm...sy pakai yg tu mmg turun bnyk skli dgn mandi air badak..alhmdulillah hrini kuning anak sy 58 hri ke 22hri...dri dri 244 turun ke 224 next 165 then turun 156 then turun 102..last hrini bacaan 58 alhmdulillah xkene ambik darah

Kalau susu badan macam anak saya memang jarang berak, kencing je banyak so kuning turun pun sikit² lambat nak habis. Pastu saya bagi je susu fm terus kerap berak and kuning turun laju. Dah habis kuning baru sambung susu badan semula

Saya tak ada experience macam tu . Better refer pada doctor sis . Baby saya hari tu bacaan jaundice sangat tinggi , saya ikhtiarkan mandian herba , plus penyusuan kerap . Alhamdulillah dari bacaan 326 ke 118 pada hari ke17 .

Ank sy pun hr ke 20 bacaan dia 136 .. Lama kuning dia smpai doc suruh jmpa pakar knk2 utk amik drh dgn air kncing baby.. Full susu bdn jgk .. Berak kncing smua ok.. Ank awk doc tkde suruh jmpa paed ke ?

sy campur susu badan dgn fm.. gilir2 setiap 2 jam..memang cpt turun kuning..

Yes normal. Teruskan penyusuan setiap 1-2 jam