preparation sebelum bersalin
Hi mommies, saya first time mummy. Ini kandungan saya yg pertama. Usia kandungan dah cecah 25weeks. Tapi sebarang persiapan takdibuat lagi. Boleh cadangkan apa yg patut saya sediakan dahulu? #firstmom #bantusharing #ingintahu
Hi sis, sy pun first mum juga. Sy sediakan hospital bag dulu ☺️ Sy dan suami cadang bersalin di hospital kerajaan je. Kalau hospital swasta mgkin packing lain sikit. Info: 1. Kalau bersalin normal stay di ward satu malam je. 2. Kalau bersalin czer stay dlm 2 malam. ☆ Kalau sy salah, tlg betulkan ☆ Ini list saya: Utk Mummy 👸 1. Pakaian dtg hospital. I would choose dress/atau pakai skirt supaya doktor atau nurse senang tgk berapa cm. Dan pakai selipar sedia supaya tak payah fikir mcm mana nak bungkus selipar dlm beg nanti. Pakai terus senang 🤣 2. Pakaian pulang. Dress/skirt/sarong. Ikut keselesaan ibu. 3. Baju dlm ward pakai baju hospital je. 4. Maternity Pads, Nursing bra, Disposable Breast pads, Disposable panties, Nursing cream. Dalam hospital tidak digalakkan bawa pam susu dan botol susu. Breastfeeding only. Bawa storage bags, syringes dan belajar cara marmet susu. just in case dipisahkan (baby msuk nicu.) 5. Buku Pink, Wallet (Make sure ada IC!), Kad Nikah/Sijil Kahwin. 6. Stokin, minyak angin, Towel mandi, Set mandian, Set Skincare, Berus gigi dan ubat gigi. Baby 👶🏻 Labour Room 1. Set Baju Panjang + Seluar panjang 2. Hat, mittens and booties 3. Swaddle 4. Pamper nb Day 1 ☆ Sama saja seperti di atas☆ 1. Tambah 1 pek besar wet wipes. 2. Minyak telon baby 3. Towel 4. Set mandian baby Extra 1. Pack sedia baju baby lain 2 set begitu simpan di rumah. Nanti minta suami atau keluarga hantarkan 2. Pampers nb 1 pek. 3. Wet Wipes besar 2 pek. just in case tidak cukup. Going Home 1. Set baju + seluar panjang 2. pamper nb 3. hat mittens, booties 4. carseat. Masa nak discharge suami atau family bawa carseat ke wad. ini utk yg carseat jenis bakul tu. Kalau jenis convertible carseat set sedia dlm kereta tinggal masukkan baby je. Others 1. Utk kudapan ibu. Biskut, kurma dan snek sihat 2. Minuman kotak. Ada yg prefer bawa 3in1 sbb nak minum panas. tapi itu kena bawa termos yg ada air panas sedia dari rumah. Sy nak senang jdi bawa ja minuman kotak 😅 3. Powerbank & Handphone. Dlm ward tiada plug utk cas hp.
Baca lagi