Scan baby 12 weeks

Hi mommies. Saja nak share dekat sini and dapatkan pengalaman mommies jugak. Pernah tak semasa scan baby, baby duduk membulat mcm bentuk bola hahaha. Doctor sampai risau kenapa dia membulat macam tu. Puas pujuk dan bercakap, baru baby bergerak pusing2 terlalu aktif sampai tak dapat nak tengok jantung dia. Saya baru 12 weeks and semalam tu 1st pengalaman saya tengok baby dalam keadaan macam tu. Lucu tapi pada awal awal tu risauu 🤣. #firstbaby

4 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sama macam saya, masa kandungan 11 weeks, kedudukan baby bentuk C 😂 saya dah nervous doc check lama betul nak jumpa jantung dia sbb x dpt detect. Lama2 baru dia baring, penat kot membongkok😂 then jumpa heartbeat mcm normal, Alhamdulillah skrng dah 16week🥰

2y ago

Eee comelnya bentuk huruf C hehe. Kan moment paling best masa kita mengandung ni tgk baby gerak2 dalam perut masa scan.