Tiada Denyut Jantung
Hi mommies. Pregnancy saya dah masuk 10w hari ni dan tadi masa buat buku pink, doc tak dapat detect fetal heartbeat 🥺 dan saya akan direfer ke hospital. Kemungkinan untuk miscarriage ada ke? Takutnyaaa #firstbaby #firstmom

Sama lah saya. Supposely 8w 2d tapi scan 6w 4d and tak ada hearbeat lagi. Next week nak scan semula. Doa kan Semoga baby kami baik2 sahaja. First baby after 5 year ttc. ☺️
saya pun hadapi masalah yg sama. masa scan 8w takde heartbeat. esok 11w nak pergi scan kk semula. harap baby sihat.
sis ada try scan kat swasta tak? mgkin sis boleh refer klinik yg sis penah pergi untuk scan sebelum ni
Belum. Esok saya akan scan di swasta plak. Doakan baby sihat ya
sama macam saya. doc bagi surat refer pakar. 10w xde heartbeat dan saiz mcm 7w. 🙁
doc dh confirmkan miscarriage. 🥲
Before ni awak ada scan dekat private clinic? Atau first time scan semasa di KK?
Saya scan 2 kali di private and dedua ada heartbeat. Selang seminggu on my 10w, saya ke kk nak buka buku pink and doc kk scan takda heartbeat :(
kenapa tetiba macam tu? awak ada rasa tanda2 apa tak?
Allahu.. semoga yg baik2 utk awak dan kandungan.
sebelum ni pernah scan n dah ada heartbeat tak?
Kadang2 scanner tu, baru terjadi kat saya. KKIA scan dah nampak baby n heart beat. Saya excited nak tunjuk suami, kami pi swasta scan, kantong kosong😅. Esok repeat scan di KKIA. Doakan saya juga ya. Saya positif kan diri anggap alatan scan tu berbeza beza😄
tgu lgi 2w repeat scan balik.
Aah. Doc kat kk suruh refer o&g kat hosp plak lagi 2 minggu. Harap2 baby still ada
Hospital scan dri bawah x?
Rahim terbalik and doc boleh detect heartbeat baby tak puan?





