2 Balas

kalau ikut pengalaman saya, mula² kira guna apps. ikut hari pertama period terakhir, nanti apps akan tolong kira. patutnya dlm 7 weeks gitu kalau ikut apps. sekali saya pergi scan, doctor kata baru 4 minggu lebih. sbb period tak teratur. jadi usia kehamilan tu diukur masa scan, bukan ikut tarikh pertama period terakhir. bagi saya, pergi je scan walaupun awal. sekurang²nya awak dpt bersedia. saya pun first time mum. semoga kita dan baby kita sihat sampai melahirkan nanti. 😄

dlm apps ni boleh.. letak tarikh period terakhir. kalau period awak mmg tetap setiap bulan, insyaAllah tarikh tu tepat. Macam saya.. period tak regular. setiap bulan belum tentu datang. Jadi, saya tentukan dengan kepekatan upt. Sebab memang 2 tahun ttc dan 4 kali miscarriage 1 anak lahir.. skrg tgh pregnant lagi.. jadi, tgk line upt pun dah boleh agak berapa week dan scan pun memang tepat..

Soalan popular

Artikel Berkaitan