6 Balas

saya still tengah warded ni sebab induce belon @ Hospital Shah Alam.. kerja swasta n nurse bagi offer untuk masuk wad kelas 2 masa 2nd day warded sebab offer ikut kekosongan.. HSA ada wad kelas 2 n kelas 3 sahaja.. tapi price range n keadaan bilik memang sangat berbeza laa.. harga pun berbeza macam dalam gambar tu.. kalau mana yang nak privacy, better ambik laa wad kelas 2 ni sebab 2 orang boleh datang melawat ikut waktu.. kalau wad kelas 3 tak boleh melawat langsung.. btw, doakan proses bersalin saya harini dipermudahkan 🥰

saya masa pindah dari pac, tidur 1 malam dekat wad waiting area tu.. esoknya nurse yang panggil n offer sama ada nak masuk wad kelas 2 atau tak.. lepas tu nurse yang tolong booking n husband terus proceed daftar kertas hijau ni.. alhamdulillah semua process senang untuk masuk wad kelas 2 ni

Saya HR di jabatan kerajaan & in charge pegawai wanita bersalin. Walau pegawai kerajaan pun belum tentu dpt 1st class esp yg gred rendah, dia mmg tengok kekosongan/keutamaan. Nak2 hospital di bandar2 besar. Kalau hospital luar2 bandar In Sha Allah ada kekosongan based on pengalaman saya yg dah pindah2 jabatan ni. Trend semua sama. Saya pun sukakan privacy tp sedia maklum kalau nk bersalin di kerajaan tak boleh nk harap lebih 😅 jadi saya sendiri pun bersalin di private huhu

Kalau government jarang nak kosong and jarang sangat nak dapat.. Ikut rezeki awak.. Kerja gov pun diaorang susah nak bagi kecuali berpangkat tinggi/suami bertugas hospital situ.. Tu pun nasib dapat 2nd class je.. Macam saya haritu yg dekat and 2nd class mereka utamakan ibu yg bersalin czer sbb mudah nak pantau..

Kalau awak ambil pakej FPP ya, kita boleh pilih first class. Kalau tak, awak akan diberi wad ikut kekosongan. Ini yang saya tahu la. Mungkin ada mommy yang lagi pengalaman untuk bantu awak. Tunggu jawapan daripada mommy lain pula.

Bergantung kepada kekosongan ward. Pengalaman saya, jarang nk kosong emmm

boleh cuba request masa admit. kalau ada kosong boleh la

Soalan popular

Artikel Berkaitan