Kerja dan Alahan
Hi mommies, nak tanya ada tak pengalaman yang mommies berkerja dan ada alahan. Nak pergi kerja pun tak larat mcm mana ye semua atasi ada tips tak? #ingintahu #firstmom
Saya skrg 7W4D, skrg asyik rasa x larat je & lembik je.. mengantuk sgt2, pastu ada mual2, mkn pun x selera.. nak x nak gagahkan diri juga pergi kerja.. hari2 bawa jus oren (feel fresh) / ribena bagi kurangkan mual.. biskut kosong mmg standby di meja, makan bila rasa perut rasa angin.. bila betul2 x larat ke ofis, baru lah saya apply MC / annual leave
Baca lagiSy kerja office & perlu outstation tiap minggu. Alahan sy agk teruk, salah satu ialah xblh bau aircond kereta. Nk pergi kerja Tuhan saja tau rse loya pening sepanjang driving tu. Mmg spare siap2 plastik dlm kereta. Kdg xsempat buka plastik dh termuntah. Mmg bawa extra baju tudung semua. Sy cuma mkn bnd masam2 utk elak mual. Tang ni kena try & error.
Baca lagiThanks ya kongsi tips saya pun kerja office hari2 hadap jam memang standby gula2 incase loya atau rasa nk muntah.
saya kerja kilang 12 jam.. saya minx cuti sebulan tanpa gaji.. nasib dpt boss baik die bagi cuti.. alahan saya teruk sgt smpai xbole bagun.. asyik muntah.. daripada dtg kerja langsung xbole keje, lebih baik ambil cuti.. kalau awk alah teruk sgt.. minx la jasa baik boss 2 minggu cuti untuk bedrest.
Thanks ya kongsi pengalaman. Tu la rasa nk cuti juga tp kerja bnyk apakan daya. Kalau tak larat mmg MC dr suruh bedrest
cube makan oren sis..tiap kali ase mual tu mkn oren or minum air oren.cm sy dpt la hilangkn mual tu sket..tp bdn mmg xlarat pn kalau nk ikutkn..lemau je ase nak tido je..kdg2 sy tido jugak kat surau ofis if xlarat..sis xlarat jgn push sgt ye.
Thanks ya kongsi pengalaman, betul sekarang lunch time mmg ddk surau je baring sebab pening tak larat
hahaha sya atasi dgn ambil UNPAID LEAVE 😂 sbb mmg xboleh nak kerja langsung, kerja pun kejap je lps tu duduk rehat n byk muntah .. so better ambil cuti smpailah musim alahan tu dah hilang bru masuk kerja balik .. n kerja mcm biasa ..
Minggu ni je dah 2 hari MC. Cuma tu la nk mintak unpaid leave kerja banyak susah nk cuti 😓
Boleh cuba ambil ubat veloxin , satu kali sehari, amat membantu untuk loya & muntah, tak semua orang boss baik untuk mintak cuti, terutamanya kerja kerajaan. Sebaiknya dapatkan konsultasi doktor untuk ubat tahan muntah.
Betul, boleh di beli di farmasi/jumpa doktor di klinil