Hai sis, masa saya nak bersalinkan anak pertama, sama macam tu, 1cm doc suruh balik dulu. Esok tu rasa contaction lagi, pergi lg hospital, baru 2cm. tapi doc suruh stay jelah hospital. tapi lamaaaa la saya stay hospital nak tunggu bukaan tu, hampir seminggu. sebab anak first kot, so takda experience. bergantung juga setiap mom lain2 experience nya.. kalau contraction sis makin kerap makin rapat2 gap tu, maknanya dah nak dekat la.. kalau masih lagi jarak2 sejam mcm tu. Belum lagi kot. lepastu anak kedua saya, sy dah tahu dah, tunggu contraction dah kuat setiap 15minit turun ke 10min n makin kerap, baru sy pergi hospital.. so tak banyak masa menunggu di hospital untuk tunggu bukaan nak bersalin.. sis kena alert dengan gap antara contraction, kalau makin rapat, makin dekat lah tu.