Kira pergerakan baby

Hi mommies hari saya genap 29w. Semalam baru settle appointment utk 28w dan start hari ni saya dh kena kira pergerakan baby. Persoalan saya, dekat buku pink tu tulis yg masa pergerakan baby 9am-9pm (12jam). Tapi boleh ke klu start awal dlm jam 7am atau 8am? Sebab baby saya awal pagi dh aktif dan smlm saya dh tnya nurse saya, dia ckp boleh asalkan dlm tempoh 12 jam atau kurang 12 jam kena cukupkan 10 pergerakan. Tapi saya tengok majority ibu ibu start 9am 😅 dan pergerakan baby tu pulak selang berapa minit? Timing tu tak boleh selang terlalu dekat kan? Maksudnya klu 7am start, lps tu baby ada tendang lagi 7:05am. Seeloknya jarakkan 15-30minit ya ? #firstbaby #firstmom #bantusharing jangan kecam saya, komen yg murni murni sahaja. Tq semua

5 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Kalau saya check swasta doc saya xde pulak cakap nak selang berapa minit. Doc saya kata ambik masa yg baby mmg active contohnya after meal ke or tengah rest mmg time yg kita boleh monitor baby gerak. Kalau pagi kan selalu mommy yg work busy sampai x perasan baby gerak. So ambik time yg baby mmg active and kira je sampai 10 gerakkan dlm masa 2hours. Tapi after dh cukup 10 gerakkan kita still kena monitor baby tu ada gerak dalam masa 12jam. Bukan dah cukup 10 gerakkan tu kita terus x monitor . Kita still kena monitor jugak. Sbb normal baby akan gerak dalam masa 12jam. Kalau x gerak tu x normal.

Baca lagi