Jamu/Ubat selepas pantang

Hi mommies, boleh suggestkan tak jamu or supplement apa yang okay after bersalin? Sekarang masih dalam pantang, ingat lepas pantang nak start dengan supplement/jamu

3 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

boleh baca penerangan doctor imelda balchin pakar o&g Eh, kenapa tiba-tiba ramai netizen tanya soalan macam ini, “Dr Imelda, selepas bersalin, wajib ke makan jamu?” Dr Imelda tak faham lah kenapa ramai netizen tanya soalan macam ini. Benda yang wajib buat itu maknanya kalau tak buat tu BERDOSA. Tak kan lah tak makan jamu pun dah berdosa? Dr Imelda pun buat sedikit siasatan dan search social media / Google nak tengok, ada kaa ulama atau Fatwa dari Mufti yang kata makan jamu selepas bersalin tu WAJIB? Tak ada pun. Rupa-rupanya yang dok kata wajib makan jamu ini ialah PENJUAL JAMU. Adoi laaaaa. Toksah laa tipu customer kata WAJIB. Toksah juga tipu customer kata produk herba itu tiada kesan sampingan Tak salah menjual produk, tetapi janganlah jadi penjual yang menipu. Mai nak habaq: Apa anda semua perlu tahu. 1) Wanita selepas bersalin tak perlu makan jamu untuk kesihatan jangkamasa panjang. Saya seorang doktor pakar Gynae tak pernah pun makan jamu dan tak pernah nasihatkan patients saya makan jamu. 2) Tidak ada bukti yang wanita yang makan jamu itu lebih sihat dari wanita yang tak makan jamu. 3) Kalau tak makan jamu selepas bersalin, anda tak berdosa. 4) Tetapi ada kajian perubatan yang menunjukkan ada kemungkinan anda boleh mendapat kemudaratan jika anda makan produk-produk jamu untuk jangkamasa panjang. Tengok gambar yang saya sertakan di sini. Inilah kajian produk Jamu Indonesia. Pada tahun 2018, kajian berkenaan 25 jenis jamu di Indonesia telah diterbitkan di dalam Journal Food and Chemical Toxicology. Kesimpulan kajian ini memberi amaran bahawa terdapat alkenylbenzene di dalam 23 dari 25 jenis jamu yang dikaji. Alkenylbenzene ialah bahan yang boleh didapati secara semulajadi di dalam tumbuh-tumbuhan, tetapi jika diproses untuk mendapatkan kepekatan yang melebihi had tertentu, dan jika diambil setiap hari untuk jangkamasa panjang, ia boleh menyebabkan kerosakan hati. Sudah ada kajian yang mengaitkan alkenylbenzene dengan barah kanser hati, iaitu liver cancer. Kajian ke atas kepekatan alkenylbenzene di dalam 23 dari 25 jenis jamu yang dikaji ini menunjukkan, untuk mengelakkan kesan sampingan, produk jamu tidak patut diambil melebihi 14 hari. Untuk bacaan lanjut: https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0278691518302825 Berhati-hati lah membeli produk yang anda tidak perlukan. Apa-apa produk herba semulajadi tidak bermakna tiada kesan sampingan. Apa-apa produk herba tidak bermakna tiada bahan kimia. Sebab itulah jangan beli produk-produk yang tak pernah dikaji sebab anda tak tahu pun adakah ia benar-benar bagus untuk kesihatan anda dan adakah kemudaratannya melebihi kebaikannya. Patient saya semua pun tahu saya tak prescribe ubat-ubat yang anda tidak perlukan. Ubat-ubat untuk patients saya pun saya hentikan jika patients saya tidak perlukannya lagi dan saya pantau kesihatan mereka. Saya bagi nasihat untuk mencegah penyakit supaya tak perlu makan ubat-ubat. Nasihat yang terbaik dari saya untuk wanita selepas bersalin ialah: 1) Anda hanya perlu makan makanan yang sihat dan seimbang. 2) Tak perlu pantang makanan sihat semulajadi selagi anda tiada food allergy kepada makanan itu. 3) Minum air dengan secukupnya supaya boleh berjaya breastfeeding, sekurang-kurangnya 8 hingga 12 gelas air sehari 4) Breastfeeding sangat bagus untuk kesihatan jangkamasa panjang wanita selepas bersalin 5) Elak makanan berproses dan junk food untuk seumur hidup dan belajar memahami apakah junk food (tambahan gula berlebihan, tambahan garam berlebihan dan tambahan bahan pengawet ke dalam makanan). Makan real food, tak payah beli pati-pati apa-apa pun. 6) Tidak makan berlebihan sampai obese 7) Exercise dengan kerap untuk seumur hidup dan buat senaman Kegels untuk mencegah peranakan jatuh. 8)Jangan lupa dengar nasihat doktor tentang ujian saringan mencegah cervical cancer 9)Belajar tentang cara pemeriksaan payudara sendiri dan buat mammogram selepas usia 40 tahun 10) Buat ujian saringan untuk penyakit kronik selepas usia 40 tahun, tetapi jika anda ada obesiti dan jika anda ada ahli keluarga dengan penyakit kronik mulakan ujian saringan untuk check jika anda ada diabetes dan hypertension seawal usia 30 tahun. 11) Jangan lupa kesihatan minda dan emosi : jangan dengki kepada orang lain, jangan buruk sangka, doakan yang terbaik saja untuk orang lain, berfikiran positif selalu dan senyum selalu. 12) Nasihat saya yang paling penting sekali ialah jangan masukkan racun ke dalam badan anda: racun dari asap rokok, vaping, minuman beralkohol dan pelbagai produk-produk yang anda tidak perlukan walaupun ada testimoni-testimoni. Testimoni itu hanya apa orang kata, BUKAN kajian perubatan, walaupun orang yang membuat testimoni itu seorang doktor. Kena tunjuk bukti dari kajian perubatan, bukan tunjuk apa orang kata. Boleh pulak pi kata awak WAJIB beli produk dia, adoi laaaa. Jika anda nak sihat, tak perlu beli produk. Jimat duit anda untuk beli makanan sihat dan join programme exercise yang anda suka. Amalkanlah gaya hidup sihat dan cergas untuk seumur hidup. Dengar nasihat doktor pakar perubatan yang tak jual apa-apa produk sebab anda tahu ini nasihat yang ikhlas, tiada pun apa-apa keuntungan untuk diri sendiri dengan nasihat itu. Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda semua. Yang ikhlas dan sayang kepada anda semua, semoga masyarakat yang saya sayang bertambah sihat, Dr Imelda Balchin Professor (Clinical) KPJ University College Consultant Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine with special interest in preterm birth prevention MSc in Public Health Social Media Influencer for Health Advocate for Women Empowerment Founder of Cervical Insufficiency Society Malaysia Marathon runner

Baca lagi

awak xperlukan supplement /jamu. nak jaga badan. awak kena jaga pemakanan awak. jgn dlm pntg je jaga. habis pantang kita makan semua benda. amalkan suku suku separuh makan makanan berkhasiat cut sugar. say no to junk food boleh buat light exercise. boleh follow influencer shasha aziz. dia ada ajar senaman selepas bersalin.

Baca lagi

Saya tak ambil. Cuma amalkan gaya pemakanan sihat dan buat senaman. Saya buat senaman ringan je macam brisk walking. Awak breastfeed baby tak? Kalau breastfeed baby, minta consultation daripada doktor sebab tak boleh makan supplement/jamu sebarangan.