motor skill baby
hi mommies, anak sy bulan depan masuk setahun tp dia belum pandai tepuk tangan or melambai. tp bila sy sebut bye, dia automatik akan tengok pintu. apa patut sy buat ye? #firstmom #ingintahu

Proses anak saya nak tepuk tangan sendiri pun berperingkat. 1. Tepuk lantai/meja 2. Tepuk kaki / perut 3. Tepuk tangan mami 4. Tepuk tangan sendiri Bila saya buat no 4 terus anak tak pandai. Jadi saya buat no 1 sampai no 4 berperingkat. Sambil nanyi tepuk amai amai. Sekarang bila saya nanyi tepuk amai-amai automatik anak saya tepuk. Saya latih anak dari umur 6 bulan umur 1 tahun baru pandai tepuk tangan. Inshaallah boleh sis Untuk melambai pulak anak saya laju Sebab dari baby nb Jumpa benda hidup/benda tak hidup/apa sahaja yg ada. Saya akan sebut. "Hai Gajah, sy Nana, ini Mami haiiiii" sambil amik tangan dia lambai2 kalau baibai "Gajah Nana tata muuaahhh" tata tu mesti lambai muah buat flying kiss So bila nak gerak pergi tempat lain, dia akan tunjuk 1 benda kemudian lambai2. sekarang umur 1y1m flying kiss belum reti lagi buat sendiri lagi
Baca lagi