Nursing strike??

Hi mommies, anak sy bru start tolak susu, since dia demam, ingat lepas dh sihat, minum mcm biasa. Tpi tak. Boleh share tips tak utk bagi baby nak minum balik? Baby 7 bulan.

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Bagi bayi atau kanak-kanak yang masih menyusu susu ibu, teruskan penyusuan susu ibu dengan lebih kerap dan susukan bayi atau kanak-kanak dengan lebih lama pada setiap pe nyusuan. Jika bayi terlalu lemah untuk menyusu, ibu-ibu boleh memerah susu ibu dan memberi susu ibu kepada bayi menggunakan sudu atau cawan. Beri kanak-kanak makan dengan kerap dan dalam kuantiti yang kecil. Beri kanak-kanak makanan yang lembut dan padat dengan nutrien seperti bubur nasi yang ditambah sayur-sayuran dan ayam atau ikan. Sedikit mentega atau marjerin boleh ditambah ke dalam bubur nasi untuk meningkatkan kandungan kalori. Beri kanak-kanak makan pelbagai makanan daripada semua kumpulan makanan. Beri kanak-kanak makanan yang lembut atau dilecek jika mereka menghadapi masalah untuk menelan. Walau bagaimanapun, elak daripada mencairkan makanan atau susu yang diberi kepada mereka. Bersabar dan berikan makanan yang digemari kanak-kanak untuk meningkatkan seleranya. Pangku kanak-kanak atau biarkan mereka makan dalam keadaan duduk. Elakkan memberi kanak-kanak makan semasa berbaring kerana ini boleh menyebabkan mereka tercekik. Jika kanak-kanak muntah, tunggu selama sepuluh minit sebelum meneruskan pemberian air atau makanan. Elak memaksa kanak-kanak untuk makan.

Baca lagi