Kembung Perut

Hi Mommies! Ada sesiapa sini macam saya kerap kembung perut? Saya faham yang kembung ni salah satu simptom yang disebabkan oleh hormon/ regangan otot. Cuma nak tanya mommies kalau ada tips dan petua kalau jadi kembung perut sewaktu hamil ni, biasanya apa mommies buat ya? Sebab tak boleh nak sapu minyak angin kan bahagian perut. Nak cari jalan penyelesaian sebab jadi tak selesa perut. Macam angin tak lepas 😮‍💨 #firstmom #pleasehelp #bantusharing #petua #tips

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya sapu minyak angin sebelum tidur kat tapak kaki, betis & belakang lutut . kadang kat bahu . kalau rajin pakai stokin, insha'Allah membantu 🤗 sebab saya tiap hari buat, tapi sebab warded, husband tak boleh teman dan tak ada siapa nak sapukan malam2, jadi tak buat beberapa hari ni. jadi agak seksa sikitlah

Baca lagi
2y ago

Ok sis terima kasih share ☺️ semoga urusan sis dipermudahkan

sy minum lemon suam utk kurangkan rasa kembung tu. Kerapkan makan dlm kuantiti sikit tapi berulang kali. Lebihkan juga makan buah-buahan atau sayur-sayuran sbg sumber serat. Sbb kadang bila pregnant ni kita boleh kena sembelit, ubat² mcm zincofer boleh buat kita tak selesa dibahagian perut etc.

2y ago

Terima kasih atas perkongsian sis ☺️