Saya faham yang anda risau dengan situasi yang sedang dialami. Pengambilan perancang suntik boleh menyebabkan perubahan pada kitaran haid dan pendarahan. Pendarahan yang berpanjangan dan sakit perut adalah antara kesan sampingan yang mungkin berlaku. Bagi sesetengah wanita, kitaran haid mereka memang menjadi tidak tetap selepas menggunakan perancang suntik. Walau bagaimanapun, saya syorkan anda untuk berjumpa doktor atau pakar kesihatan secepat mungkin untuk mendapatkan penilaian lanjut. Doktor boleh menilai keadaan kesihatan anda secara keseluruhan dan memberikan pandangan profesional. Jangan malu untuk mendapatkan bantuan dari doktor atau pakar kesihatan untuk menyelesaikan masalah ini. Semoga segala urusan berjalan lancar bagi anda. https://invl.io/cll7hzz
Kita sama,saya pun first time ambik perancang suntik 3 bulan,darah non stop ,dah 2 minggu lebih dah ,dah nak sebulan,haritu malam fikir dah mula stop tak sangka pagi masih ada ,mula-mula haid sikit-sikit lepastu mcm biasa bnyk,pastu dah lebih 5 hari ke 2 minggu masih keluar darah,period saya normal 5 hari saja selalu,anak pertama dulu ambik pil saja,tpi stop pil sbb rancang bagi adek,hari-hari dok stress ,berat badan pn naik,kepala asyik sakit lagi,bulan 7 ni mmng taknak sambung depo lagi,
Ipar sy cucuk depo juga & dia pn alami benda yg sama.. tp bila bulan yg kluar byk darah masa period skjp je dia period, klu kluar sikit2 mmg lama.. but better sis check je balik dgn doctor tnya keadaan sis maybe tukar perancang atau lain2
saya ambil depo juga, habis nifas terus period sampai skrg masih belum berhenti, dah nak masuk 3 kali cycle period. doktor ckp kalau depo mmg ambil masa 6 bulan utk hormon normal balik, sebab depo effect hormon
Darah yang keluar lebih daripada 15 hari dikira istihadhah. Maksudnya perancang tu tak sesuai dengan awak. Kena consult semula dengan doktor.
Anonymous