Alahan pregnant

Mcmana nk handle alahan loya muntah2 ye? Kadang mkn pon byk yg tak bole telan. Baru 6 minggu, berat pon da turun.#seriusnanya #bantusharing #pleasehelp

11 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

cuba makan buah.. buah oren, epal merah.. paling kurang, kurma dengan kismis.. rendam kurma atau kismis dengan air suam (dalam bilangan ganjil) biar kejap sampai kembang, minum air rendaman tu then makan buah kurma atau kismis tu.. kurma sekurang kurangnya bagi tenaga sebab tak lalu makan apa apa kan.. saya masa 4-8w memang tak lalu apa apa.. sekarang dah 11w alhamdulillah dah boleh makan.. tapi tak semua.. apa yang boleh makan, makan je..

Baca lagi

Sy nak masuk 9 mnggu. Keje sy makan buah je. Buah lai, apple, avocado sesekali (buat blend), pisang. Sbb nasi muntah, roti muntah, biskut muntah, lauk2 lagi lh tak boleh tngok 😂 mineral water mmg lebih 3L sehari sbb muntah je keje. Mkn buah pun muntah cuma buah boleh telan lagi. Lain takk. Dari berat saya 65 ke 64.8 tadi sy timbang 63.0 😂😂😂

Baca lagi

Masa sy 6 week yg plg teruk alahan. First time pregnant xpandai nk handle. Skrg dah 11 week dah beransur okey. Sis bnykkn mkn buah. Sy slalu mkn buah oren, epal merah. Boleh bantu kurgkn mual.

sy pn alahan truk..start ambil ubat veloxin alhamdulilah dh kurang alahan..mkn veloxin ni sblm sarapan pagi..sebiji untk sehari..x boleh ambil lebih dr 1 biji sehari..muntah2 pn dh kurang..

saya pon sama.. tak boleh bau orang tumis bawang semua nak muntah, hahahah skrg hanya boleh makan yang berkuah sahaja .. mcm bihun sup. berat badan saya pon turun..

samalah,, saya skrg 9minggu pun still takpeh makan,makan sikit pun muntah, bau2 makanan semua tak boleh,,

Sekarang saya dah 6minggu lebih tak lalu makanan yg berkuah .banyakkan makan buah2 dan nestum or oat jer

Try minum air dari mamariam. Isteri saya lepas minum dah tak muntah . Pricey sikit lah tapi

Mkan pisang, pisang sesuai untuk kawal rasa mual dan muntah

Samala kita 🥹🥹🥹,skrg sy 8 mggu..masih alah truk..