tips bagi hilang selesema baby😌

makin hari makin teruk selesema anak saya.. dah sedut buat titis hidung sama jgk kurang sikit lepas tu dmakan dtg balik.. ada tak mak2 yg boleh bantu sy tips apa utk hilang selsesema baby.. baby saya smpai tknak susu sbb tak selesa#ingintahu #pleasehelp

6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Lepas titis ubat, saya akan sedut guna nasal aspirator. Tepukan percussion pun saya buat jugak. Yang ni lagi puas sebab hingus baby akan keluar. Kalau anak saya batuk pun sama, lepas tepuk keluar kahak. Untuk pengetahuan awak, tepukan percussion ni yang paling efektif untuk melonggarkan saluran pernafasan anak sekali gus membantu pengeluaran kahak/lendir. Selain itu, ni extra effort saya: - Mandikan baby dengan air rendaman lemon. - Pastikan persekitaran baby tak berhabuk. - Jauhkan baby daripada orang yang tak sihat. Nak pegang baby boleh, tapi kena pakai mask dan cuci tangan. Tak boleh cium baby. - Jauhkan baby daripada perokok dan asap rokok. Kalau perokok nak dekat dengan baby, kena mandi dan tukar ke baju yang bersih. Kalau tak mandi, cuci tangan dan tukar baju. Setakat ini, itu sahaja yang saya buat. Tak pernah pakai apa2 minyak. Now anak dah 1y9m. Awak kena pantau pernafasan anak. Kalau dada berlekuk, rush to hospital.

Baca lagi
6mo ago

Bunyi kuat bila buat tepukan percussion tanda cara awk dh betul. Kahak akan slowly keluar melalui muntah/najis bila berak. Teruskan percussion tu. Bila baby tidur sementara dia nk sihat tinggikan bahagian kepala bila dia tidur

anak saya pun kena batuk dan selsema. kena admit sbb oxygen drop. kalau nampak dada anak dh start lekuk2 sila lah bawak emergency. sy prsn anak sy dh start mcm tu susah nak susu dan nampak penat. Masuk wad kena on oxygen dan buat suction. dduk 2 malam. discaj masih ada lg, tp sy buat suction dan follow up kt klinik swasta je.

Baca lagi
6mo ago

betul tu sis.. dah mcm2 saya try buat skrg ni tkde teruk lagi la cuma selsema je batuk2 tu kdg2 ..cuma skrg ni saya guna wap kt dia letak bawang

tips org tua dulu2. kunyit hidup tu tenyeh2 sikit kt hidung baby dari bawah ke atas smbil2 selawat . inshaAlah hilang

sy sapu dgn minyak herba asmak, alhamdulillah selsema anak cepat baik. lepas tu sy guna penyedut yg sedut hingus tu.

try bt mnyk bawang putih sapu kt dada hdng tapak kki.insyllh baik.ank pun pki nj je

try pkai youbaby roll kt dada.sy guna y tu je alhamdulillah kjap je