Dah tak sabar nak bersalin

Macam mana mummies2 boleh ada kesabaran tunggu sampai 40 minggu lebih nii. Saya baru masuk 38 minggu pun rasa mcm ya Allah anakku jom lah keluarrr. Pundi kencing asyik rasa menekan2 dah, tulang pelvik dah rasa sakit, badan asyik rasa mengantuk letih, nak berjalan kaki bengkak, tak ingat bila last tidur malam tanpa terbangun nak pergi kencing. Tapi satu turun tanda apa pun tak ada lagi ni 😭#firstmom #sekadarluahan

9 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Secara fitrahnya, Baby akan keluar bila bila dia ready nak keluar nanti. Hehe mindset tu penting. Bila kita asyik fikir pasal bersalin memang kita akan rasa lamanya nak bersalin and rasa tak larat. Tapi bila tak fikir and enjoy every single moment ni, kita tak rasa lama pun. Tup tup bersalin je. Itulah proses bersalin fitrah yang saya belajar. Tenang dan senang. Tak risau apa pun. Layan je walaupun sakit dan tak larat tapi happy. Hormone oksitosin pun makin tinggi. Baby pun makin happy. Tak lama lagi dia pun ready untuk siapkan diri dia untuk nak keluar. Hehe. In shaa Allah. Semoga semua ibu ibu dapat melahirkan anak dengan cara yang tenang dan senang mudahan. Saya 39 Minggu 1 Hari. Tapi rasa macam cepat betul masa berlalu. Kalau boleh semua tempat saya nak berjalan sebab saya tahu lepas bersalin nanti saya nak kena adapt 4th trimester pula. So saya nak enjoy sepuas-puas nya moment sekarang. Tiap hari saya keluar rumah jalan jalan gi tempat tempat menarik bagi puas hati 🤣

Baca lagi

Sya dah pun 38w 2day sis .. takde tanda pape lgi . Just enjoy😉 Sakit pinggang takda , Kaki pon takdak bengkak .. mmg takrasa apa . Kdg lupa tngah preggy 🤓

11mo ago

adoii , sya 33 week pon dh sakit cabang peha 😭

sy set dlm kepala. klu bby tu nk keluar, bila2 dia blh keluar. klu dia xmau keluar lg..kita just enjoy je la momen2 ni. nti dh bsalin momen lain pula ragam.

11mo ago

Betul jgk kan. Kalau dia ready nak keluar, dia akan keluar. Enjoy je lah sementara brp minggu or hari je lagi ni. Tq mummy for sharing :)

saya 35W first time mommy rasa mcm tak ready😅 masa pregnant mmg susah mcm2 tp sy rasa nak jaga newborn lagi mencabar…so rasa mcm lmbt lagi pun takpe

Sama laa kita..sye pun da 38w 3d xsabar da nak bersalin..nak tido xselesa..sye jenis yg xbole duduk diam tpi da sarat ni mengah klu buat kerja..

same laa kita 😭😂 tengok dekat tiktok mommy yang due jan 2024 semua dah selamat melahirkan. baby masih suka lagi duduk dalam peyut 🥹

Same goes here 38 weeks already, tiap malam rasa nak kencing tu tak boleh tahan. Satu tanda nak bersalin pon belum ada😂😂😂

nk keluar tahun baru tu.. hehe... sya pun sabar menunggu harap keluar 2024. skrg dh 37w.

sy bru 35 pun dah tak larat trukk dah nii 😂 tak sabar nak tggu 37 je ni .