10 Balas
sharing dr doctor imelda balchin pakar o&g. Marilah kita bersama-sama membuang khurafat berkenaan kehamilan dan bersalin. Khurafat 1: Jika ibu mengandung makan mee, nanti talipusat terbelit-belit leher bayi di dalam kandungan Khurafat 2: Semasa mengandung, jika suami memancing ikan, nanti anak di dalam kandungan dapat kecacatan clef lip (zaman dulu orang panggil ini sumbing) Khurafat 3: Kepercayaan kepada kenan sebagai punca kecacatan fizikal bayi di dalam kandungan. Khurafat 4: Semasa ibu mengandung, tak boleh menjahit atau mengait, nanti talipusat anak di dalam kandungan terbelit-belit. Khurafat 5: Jika ibu mengandung mengidam manis-manis, akan dapat anak perempuan tetapi jika ibu mengandung mengidam masin-masin akan mendapat anak lelaki. Khurafat 6: Pedih uluhati bermaksud anak di dalam kandungan akan berbulu atau tumbuh banyak rambut. Khurafat 7: Jika ibu mengandung makan sotong, nanti susah nak beranak. Khurafat 8: Jika ibu yang nak bersalin ikat rambut, nanti jalan tak buka dan susah nak bersalin Khurafat 9: Memakaikan tangkal kepada bayi yang dilahirkan atau meletakkan alat tajam di bawah bantal untuk menghalau gangguan makhluk halus. Khurafat 10: Menanam uri placenta dengan alat tajam untuk menghalau gangguan makhluk halus yang menyebabkan baby selalu menangis. Khurafat 11: Menanam uri placenta dengan alat tulis supaya anak menjadi pandai Khurafat 12: Selepas ibu bersalin, tidak boleh turun ke tanah nanti diganggu oleh jembalang tanah. Khurafat 13: Selepas ibu bersalin, tidak boleh tersepak ibu jari, nanti tumpah darah. Khurafat 14: Berapa biji-biji hitam yang dilihat pada talipusat meramalkan berapa ramai anak ibu akan dapat. Semua tilik-menilik membuat ramalan apa akan terjadi menggunakan perbuatan yang tiada kaitan dengan pengakhirannya ialah Khurafat binti Tahyul. Marilah kita memperkasakan wanita Malaysia dengan ilmu yang betul. Bangkitlah orang Malaysia. Toksah percaya kepada khurafat.
bole awak . sy dari awal pregnant . bersihkan najis kucing lgi walaupun tak digalakkan tp kucing sy indoor . sy bersihkan pakai glove n mask . memula mmg takut sbb rmai ckp bahaya tp sy pkir baik baik je . sy jgk pegang kucing luar . bg mkn apa smua . alhamdulillah baby okay je . stiap kali scan takde masalah . skrg dh 36w4d . yg penting lepas pgg haiwan basuh tngn guna sabun .
betul saya pun masih uruskn kucing sy 7 ekor skrg 27w.. Pki glove skrg klu bersihkn tmpt taik
boleh je selagi binatang tu bersih xkotor....mcm kucing klu kucing kotor @ berkurap ke gatal ke jgn laaa g sentuh nnti xpsl2 kna scabies....sy pregy ank first kna scabies abih gatal 1 bdn.....pstikn lps sentuh tu cuci tgn ok....nk main boleh xada mslah tpi kna jga kebersihan
Allahu seksanyaaa, saya sekarang gatal sebab 3rd trimester pun seksa sangat dah rasa
Boleh dear. Tapi kena jaga kebersihan betul2 lepas pegang. Sebab binatang banyak kuman. Kalau you nak bersihakan najis binatang, better mintak tolong suami/ orang lain sebab bakteria dari najis tu bahaya. Just langkah berjaga jaga.
Sy main ja dgn kucing di rumah. Dah beranak dah. Baby sy normal, 3 bulan dah. Yg penting selepas main tu, cuci tangan, tukar baju. Kwsn haiwan tu sentiasa bersih. Tu je.
xde masalah pom awk nk main kucing.. cuma klau nk bersihkan kotoran kucing tu xdigalakkn.. sbb najis kucing kdg2 ad parasite.. brsih2 tu bg suami jer bersihkan..
boleh bermain. tetapi kurangkan. jngn menyentuh najis kucing dan trhidu atau mnghidu. sbb ada satu bakteria yg boleh mngjngkiti janin.
Sy tidur dgn kucing. Skg dah 33 minggu Hehehhe Yg penting jaga kebersihan. Kucing kena bersih sihat Najis2 haiwan jgn kena pada kita
betul heehe sy kwn n kucing suami kje 😩
bole tpi pesan kat family lain jgn membunuh ape2 binatang time preggy ni
Jangan sis ckp macam tu. Boleh jatuh hukum tau. Tu org dlu2 je cakap. Kalau macam tu, ibu mengandung beli ketam, tengok2 tak mati lagi ketam/ kerang tu, kena matikan baru boleh masak. Ada kaitan ke? 😂😂😂 adoi mengarut betul sis ni
boleh je. kenapa pula xboleh main awak😅.
Sebab saya pernah baca cam tak digalakkam main haiwan apalagi stray animals sebab kuman
Anonymous