MAKAN TAK LALU, MUNTAH DAN LOYA

kandungan masuk 8week siapa macam saya,, semua makanan tak lalu, perut nie rasa lapar tapi tak lalu nak makan .. tekak rasa loya , perut rasa angin .. makan zincofer muntah balik .. lemah badan nie .. ada tips makanan taknak bagi perut masuk angin tak ??? dan ape saya perlu buat ???? lesu sangat badan nie .. tak makan kesian kat baby .#SeriusTanya #ingintahu #firstmom #bantusharing

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi Azura. Cuba awak makan zincofer waktu malam waktu nak tdo bagi mengelakkan awak muntah balik. Saya 1st pregnant dulu tak boleh telan zincofer nurse kk akan tukarkan dengan ubat lain. Saya telan waktu malam sebelum nak tdo dengan air oren sunquick. 2nd pregnant ni pun sy amalkan cara yang sama. Sebab kalau telan waktu pagi memang tak boleh. Kembang je tekak rasa. Kalau bab makan awak kena paksa jugak untuk makan walaupun sedikit. Cuba awak makan nasi dengan lauk berkuah macam singgang ikan. Sekurang - kurangnya awak dapat masuk sedikit nasi untuk diri dan juga kandungan awak. Dan minta lah dengan suami awak untuk gosokkan di belakang badan awak untuk mengurangkan rasa lesu di badan awak. Saya memang suruh suami saya gosok dibelakang di bahagian tulang2 dan selepas tu memang ada rasa kurang sedikit rasa lemah tu. last sekali kita berbalik pada Allah dengan berdoa. Semoga Allah memberi kita kekuatan yang luar biasa untuk menghadapi ujianNya sewaktu mengandung. Semoga awak kuat.

Baca lagi
4mo ago

terima kasihh awkkk atas perkongsian .. semoga kebaikan berbalik kepada awk .