8 Balas

boleh baca penerangan dr posting doctor imelda balchin pakar o&g Adhesions. Jangan buat fitnah kepada ikan haruan. Adhesions ini ialah lekatan-lekatan tisu di dalam badan. Ini ialah satu proses kesembuhan dari luka yang normal untuk kebanyakan orang. Ramai orang akan dapat adhesions selepas pembedahan. Lebih besar luka pembedahan terutama pada bahagian ABDOMEN, akan ada lebih tinggi risiko dapat adhesions. Adhesions ini mungkin terjadi di antara: 1) Usus dan lemak dalam badan yang dipanggil omentum, 2) Omentum dan pundi kencing 3) Omentum dan rahim 4) Omentum dan ovari 5) Rahim dan pundi kencing 6) Usus dan ovari 7) Lapisan yang mengelilingi otot rectus (rectus sheath) dan omentum. Untuk wanita, adhesions juga boleh berlaku walaupun tak pernah ada pembedahan tetapi pernah ada keradangan di dalam badan, sebagai contoh keradangan dari endometriosis, atau jangkitan infection chlamydia atau jangkitan gonorrhoea, atau pernah mendapat cyst ovari yang pecah. Bahagian lemak di dalam badan yang dipanggil omentum ini ialah seperti satu apron di dalam badan yang akan melindungi bahagian dalaman badan yang luka. Omentum ini juga diberi gelaran polis di dalam abdomen. Omentum ini boleh bergerak untuk meliputi bahagian yang luka itu sampai sembuh. Ada pesakit yang pernah dapat keradangan appendix, tetapi bila doktor bedah masuk dalam, akan ada omentum mengelilingi appendix itu untuk tujuan melindunginya dan melawan bakteria dari merebak ke kawasan badan yang lain sekiranya appendix itu pecah. Omentum itu didapati melekat di situ sampai sembuh. Walaupun pesakit itu tak pernah dapat pembedahan sebelum itu, bila ada keradangan appendicitis, kita boleh juga jumpa lekatan adhesions bila kita masuk dalam. Sebab itulah, jika anda dapat jangkitan bakteria selepas pembedahan, ada lebih risiko mendapat lekatan adhesions. Sebab itulah, jika anda dapat jangkitan bakteria atau keradangan di dalam, walaupun tak pernah dapat pembedahan pun ada lebih risiko mendapat lekatan adhesions. Sebab itulah, semakin banyak pembedahan yang anda dapat, semakin tinggi risiko mendapat lekatan adhesions. Sebab itulah, satu cara mengurangkan lekatan adhesions ialah pakar bedah lebih lagi menyarankan pembedahan secara laparoscopy dari laparotomy selagi boleh. Laparoscopy itu ialah penggunaan kamera kecil yang masuk di bahagian pusat melalui satu lubang kecil saja. Semakin besar luka pembedahan, semakin tinggi risiko mendapat lekatan adhesions. Kebanyakan orang yang ada adhesions ni memang tiada symptom dan hanya akan tahu ada adhesions bila doktor bedah masuk balik dan tengok di dalam. Tak ada ultrasound scan yang boleh tengok ada lekatan adhesions atau tidak. Kita kena masuk dalam dan tengok sendiri jika lapisan lemak omentum itu melekat di sekeliling usus/rahim/pundi kencing/ovari atau tidak. Sebabnya ialah omentum memang berada di situ. Apa yang kita tak tahu ialah ia melekat macam gam atau tidak dengan tisu lain. Kena masuk dalam dan lihat baru tahu ia melekat atau tidak. Analoginya ialah seperti buah rambutan, kena buka masuk dalam baru tahu isinya lekang atau tidak dari bijinya. Macam itu lah. Tak boleh buat ultrasound scan sebab memang pun isinya mengelilingi bijinya dan ada di situ. Jika anda ada adhesions, kebanyakan orang tiada gangguan kesihatan, kecuali jika perlu pembedahan di masa depan, sebab pembedahan itu lebih susah lagi jika ada banyak adhesions, dan ada lebih tinggi risiko komplilasi pembedahan, seperti kecederaan kepada usus atau pundi kencing. Sekiranya berlakunya kecederaan maka pakar bedah mesti buat lebih pembedahan untuk merawat bahagian yang tercedera. Jika ada adhesions yang melibatkan saluran fallopian tube, ini boleh mengganggu kesuburan wanita sekiranya saluran ini tersumbat atau menjadi sempit. Jika ada adhesions yang banyak, walaupun tiada gangguan kepada kesakitan, mungkin ada simtom tidak selesa bila bersukan. Ikan haruan ni pula hanya species yang wujud di negara tropika, bukan di negara sejuk. Kebanyakan penduduk di benua EROPAH dan Amerika tak pernah tengok pun ikan haruan ni. Saya cabar anda semua cuba cari SATU BUKTI kajian perubatan yang orang yang tak pernah makan ikan haruan tak ada adhesions selepas pembedahan, bila kita masuk semula dan tengok di dalam untuk pembedahan yang kedua. Tak ada pun. Rata-rata kajian perubatan di Eropah dan Amerika menunjukkan adhesions berlaku di dalam 70% pesakit yang pernah dapat pembedahan. Sebab itulah pakar bedah omputeh pun lebih menyarankan pembedahan secara laparoscopy (masuk kamera ke dalam pusat untuk mengurangkan pembukaan abdomen) dari pembedahan secara laparotomy selagi boleh. Tak pernah pun ada bukti yang pesakit bedah yang makan ikan haruan dapat lebih lekatan adhesions. Jika ada, saya cabar anda semua cari dan tunjuk buktinya. Makan ikan haruan ia dihadamkan di dalam perut, bukan pun masuk ke dalam luka pembedahan. Cuba juga cari logik Sains apakah yang di dalam ikan haruan yang menjadi penyebab lebih lekatan adhesions? Jangan cakap saja tetapi tak tahu apa mekanismanya BAGAIMANA ini boleh berlaku. Saya pasti doktor-doktor sudah pernah belajar tentang konsep ‘ASSOCIATION IS NOT CAUSATION.’ Tetapi apa kaitannya pun tak ada. Sebab itulah rata-rata semua pakar bedah O&G di seluruh dunia akan beri nasihat yang sama, jangan sengaja nak Caesarean Section banyak-banyak kali, tidak kira awak makan ikan haruan atau tidak, sebab komplikasi pembedahan meningkat semakin banyak kali pembedahan yang anda dapat. Ini ialah FAKTA. Anda hanya akan tahu pembedahan yang lepas ada komplikasi atau tidak, tetapi anda tak boleh meramalkan pembedahan di masa depan akan ada komplikasi atau tidak. Kalau boleh, Doktor bedah tak mahu buat pembedahan tanpa sebab yang munasabah, sekiranya risikonya melebihi manfaatnya. Tak hairan pun sesiapa yang sudah pernah mendapat Caesarean Section 2-3 kali ada dense adhesions, atau lekatan tisu yang banyak. Memang pun kami doktor O&G akan nampak adhesions di dalam kebanyakan patient yang pernah melalui pembedahan Caesarean Section walaupun mereka tak pernah makan ikan haruan. Jadi anda tak boleh pun buat tuduhan kepada ikan haruan sebagai penyebab, sebab kebanyakan pesakit kita ni tak makan pun ikan haruan, terutama sekali pesakit omputeh. Saya minta doktor medical officer dan jururawat belajar mengamalkan evidence-based medicine iaitu bagi nasihat yang berdasarkan BUKTI KAJIAN PERUBATAN dan mesti ada logik yang bernas di sebalik nasihat itu, bukan ikut saja kata orang lama, tetapi carilah manakah buktinya di sebalik apa-apa nasihat itu. Read up the medical journals. Di manakah clinical studies yang menunjukkan orang tak makan ikan haruan tak ada adhesions dan orang yang makan ikan haruan ada lebih adhesions? Anda semua tak pernah tengok saya buat beribu-ribu Caesarean Section selama 17 tahun di negara UK dan lihat sendiri omputeh yang tak pernah dengar apa itu ikan haruan pun ada dense adhesions. Pakar bedah omputeh yang tak pernah pun cakap pasai ikan haruan pun akan bagi nasihat ada lebih komplikasi kalau buat Caesarean section banyak-banyak kali dan kena panggil doktor yang lebih senior untuk datang buat Caesarean Section pesakit yang ada lebih dari tiga Caesarean Section. Kalau nampak ada dense adhesions selepas dua atau tiga kali Caesarean Section, kami doktor-doktor tak hairan pun walaupun pesakit omputeh tak pernah makan ikan haruan dan tak tahu pun apa ikan haruan. Pakar O&G di negara UK pun beri nasihat menjarakkan kehamilan anda, terutama sekali selepas pembedahan Caesarean Section, tak kira anda makan ikan haruan atau tidak. Ikan haruan itu tak penting pun. Siapa laa yang pi suruh makan pati-pati ni kaaan. Apa-apa pun real food lebih baik, doktor-doktor dan dietitian tak pernah pun menasihatkan pesakit beli apa-apa pun di dalam bentuk pati-pati. Saya tak pernah halang pun pesakit saya kalau suka makan ikan haruan, silakan kalau anda suka, tapi saya tak pernah pula menggalakkan anda mengambil apa-apa pun secara berlebihan. Apa-apa di dalam bentuk pati itu ialah pengambilan dos yang dipekatkan dan diambil secara berlebihan dari apa yang natural atau alami. Tiada juga bukti pengambilan pati-pati ini lebih baik untuk kesihatan anda. Apa yang lebih baik untuk kesihatan ialah pemakanan makanan yang berkhasiat secara seimbang. Tukar menu anda untuk mempelbagaikan jenis-jenis protein yang anda dapat. Jangan lupa tau, telur dan ayam bukan penyebab nanah selepas pembedahan. Penyebab nanah ialah jangkitan bakteria ke dalam luka. Berhentilah membuat fitnah kepada makanan yang halal dan berkhasiat. Sekian, terimakasih. Professor Dr Imelda Balchin KPJ Healthcare University Consultant Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine with special interest in preterm birth prevention MSc in Public Health Social Media Influencer for Health Advocate for Women Empowerment Founder of Cervical Insufficiency Society Malaysia Marathon runner

most wc😊🌻

bagus untuk luka dalaman ada jahit atau tidak luka boleh sembuh kalau makan ikan haruan atau minum patinye.

Saya makan pati tu tapi takde perubahan apa2 so saya stop 😅😅 Dahla rasa dia tak sedap haha

TapFluencer

ikan haruan fresh boleh tak ada masalah. kalau yang pati tu tak perlu lah.

Kalau awak tak alergik atau alah dengan ikan haruan, boleh je makan. 😊

saya makan je, ikan haruan bakar makan dgn nasi panas2. sedap

Boleh mkn jgn yg pati. Serius yg pati tu tak sdp.

bersalin normal ke czer. klau czer nurse tk bg

Soalan popular

Artikel Berkaitan