anak setahun dua bulan tak berminat sembang dengan kita?

kalau saya bawa sembang dgn anak mesti dia dengar dan tengok kjp je lepas tu lari knpa ek? kdg2 saya nak ajar bercakap tapi dia kurang berminat tapi bila bawa main atau tunjuk gambar haiwan dalam buku baru diam dan dgr apa yg sy ajar..normal ke? mcm mana nak bagi tips supaya anak suka sembang dengan kita? Sebab saya nak ajar cara dia minta susu sebut "nak" sekarang ni dia boleh sebut "mama"ayah" tu je#firstmom #Sharing_dong_Bund

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Celik je mata anak tu, cakap je dengan dia sampai la anak tidur. Maksudnya keep on communicate dengan anak. Dari anak saya lahir lagi. Memang rutin saya dengan suami cakap dengan anak. Jangan anggap anak tak faham kita walaupun belum boleh bercakap. Celik je mata anak tu, greet dia contoh 'Assalamualaikum, Good Morning sayang'. Apa2 aktiviti yang awak buat dengan anak jadikan ia sebagai story telling. Contoh awak tengah lipat baju. Libatkan anak sekali. Cerita kat dia awak tengah buat apa walaupun takde respons. Cerita dengan intonasi dan nada yang high pitch. Baby & toddler lagi tertarik. Bila bercakap tu sit eye to eye level dengan anak.

Baca lagi