Salam mommies just nak luah perasaan…

Kalau ikutkan LMP, sy dah 6 weeks. Tapi sbb sakit perut sikit (2 kali) rasa mcm menekan, sy pegi scan tapi doc ckp kantung kosong. Doc ckp suruh try scan semula slps 10 hari. Tapi sy dah terlalu sedih n mcm putus asa. Sbb sy pernah gugur sblum ni.. skrang jd mcm ni pulak. Sy dah cuba redha n sedapkan hati utk apa2 kemungkinan. Tp itulah bila dok baca cerita org yg best2, sy akn menangis. Doc ada jgk ckp kt sy sementara ni jgn consume apa2 ubat termasuk acid folic sbb dia kata ada kajian acid folic boleh mengganggu perkembangan bayi. Betul ke? Sy x pernah tahu pn sblum ni. Semua org yg share kt sini semuanya suruh makan acid folic bila dh dpt tahu pregnant.. sekarang ni sy rasa fikiran sgt terganggu kalau boleh nak lari dari semua org..

8 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Pengalaman saya sis. Saya pernah spotting 1/7 masa 7w , bila scan doktor cakap tak nampak apa2 waima kantung. After seminggu saya rasa sakit dekat perut macam period pain masa 8w. Saya pergi scan hanya nampak kantung ja dan saiz kantung baru 4w3d. Doktor ckp baby tak berkembang normal sebab terlalu berbeza. Doktor suruh datang lagi 3 minggu. 3 minggu tula saya murung sebab banyak mommies dalam ni share pengalaman sama tapi kandungan tak selamat so saya pon bersiap sedia mental fizikal untuk terima berita buruk. Dengan kuasa Allah saya pergi scan semula masa 10w4d dan Alhamdulillah nampak janin dan dengar heartbeat. Waktu tu saiz janin baru 8w4d. After 3w tu saya buat TVS Scan sebab ada sis dalam group ni juga yg syorkan saya buat TVS scan untuk nampak lebih jelas dan saya rasa TVS scan tu lebih berkesan pada saya berbanding scan atas (ultrasound) sebab bentuk rahim saya jenis kebelakang so susah nak nampak kalau scan atas. Sis jangan down sangat ya selagi belom ada kata putus tentang keadaan baby. Takpa. Sis bole repeat scan dalam 2-3 minggu lagi bagi janin tu membesar sikit. Maybe waktu tu dah bole nampak. In syaa Allah. Moga ada rezeki buat sis 😊

Baca lagi
2y ago

Maaf sis sy baru baca komen kt sini sbb terlalu in denial state. Terima kasih share pengalaman. Sy bru ada kekuatan nk cuba check lg. Betapa bodohnya sy terlalu overthinking 😭. Sedangkan masih ada peluang.. astaghfirullahalazim