31 Balas
sye yg second ni Start trimester kedua Sye fikir bukan🥹.. ni lagi 5 hari tggu hari bersalin.. scan mgu lepas doc scan baby besar ( maksudnya terlebih sihat berat skrg tadi check up 3.61kg) .. ckp dgn husb yg doc kata baby besar terus mulut dia mcm kereta api laju jeeeeeeeee😭 maksudnya anak cacat ke?? dia ckp mcm Tuhh . kita sakit hati terus rasa mcm nk nagis, terus ckp jgn ckp bukan2 boleh tak .. maksud doc besar tu ( sihat ) bukan besar yg ca*** tuhhh.. rasa mcm nk cili2 je mulut dia 🥲terus overthinking.. tpi terus laju2 ckp dalam hati .. insyaallah anak ibu baik2 Jee besar sbb berat 3.61kg 🫠 terlebih sihat ... masa anak first berat lahir 3.41kg .. doakan semoga Sye dipermudahkan bersalin.. sbb doc KK ada ckp kemungkinan induce utk proses bersalin atau czer 🥲tapi Sye doa sgt2 agar normal tak pela Klau induce,sbb anak first dulu pun induce sbb lebih 3 hari .. huhuuuu.. doakan Sye Yee 🥲 esok pagi nk kena Gy hospital jumpa doktor pakar scan baby.. dan tunggu keputusan esok mcm mane .. dan moga IBU2 lain jugak dipermudahkan bersalin nanti 🤲🏻🥰
Takut akan kemungkinan anak mengalami kecacatan semasa mengandung adalah perkara yang biasa dialami oleh ramai ibu hamil. Ini disebabkan oleh kebimbangan dan tanggungjawab yang besar sebagai ibu. Namun, penting untuk diingat bahawa kebanyakan kecacatan tidak boleh dielakkan malah ia adalah perkara kecil yang boleh diatasi. Salah satu cara untuk mengurangkan kebimbangan ini adalah dengan mendapatkan maklumat yang tepat daripada doktor atau pakar kesihatan. Anda juga boleh mencari sokongan daripada komuniti ibu hamil lain dan berkongsi pengalaman serta kebimbangan bersama. Selain itu, mengamalkan gaya hidup sihat seperti makan makanan berkhasiat, senaman yang sesuai, dan mengelakkan daripada merokok atau minum alkohol juga dapat membantu mengurangkan risiko kecacatan pada bayi. Jadi, sangat normal untuk berasa takut akan kemungkinan anak mengalami kecacatan semasa mengandung, namun penting untuk mencari sokongan dan maklumat yang tepat untuk mengurangkan kebimbangan tersebut. https://invl.io/cll6sd8
pernah je terfikir tpi cepat2 elakkan,sbb ada penceramah tu kata kadang benda kita fikir terlebih pun boleh jadi satu doa,jadi kalau boleh busy kan dgn diri tu tgok tentang penjagaan ank lps bersalin,masuk kls penyusuan ke,lagi satu setiap kali solat minta dkt Allah yg baik2 sbb doa ibu hamil ne mustajab,then saya wktu mengandung dulu selalu buat solat dhuha
Saya rasa normal je, kita ibu mesti nak yang baik baik je untuk anak dalam kandungan. Saya pun banyak kali terfikir macam awak masa pregnant. Tapi sebab taknak benda yang bukan bukan tu jadi, saya ambil inisiatif untuk cukupkan semua khasiat yang baby saya perlu. Makan acid folic, ambil suppliment yang doctor suggest, and jaga pemakanan betul betul. Selain banyakkan berdoa pada Allah. Alhamdulillah, anak saya keluar normal, sihat & active.
Sis kalau 11 weeks sampai 13 week 6 days kita boleh buat NT scan untuk scan cairan belakang kepala baby. Jangan lebih dari weeks tu kalau tak memang tak accurate. Kalau lebih 3mm kita boleh kena refer pakar. Kalau normal bawah 3mm. Ni pengetahuan awal kalau kita nak tahu baby kita ada sindrom down, patau sindrom atau edward sindrom. Kalau nak lagi tepat 99% boleh buat NIPTT test. Tapi memang pricey harga dia.
nak kata normal tu tak jgk tp yelh bila dgr² cerita yg menyedihkan psl keadaan baby org lain ni buat kita overthinking psl baby kita pulak. apa pun doa yg baik² utk baby sendiri & buat yg terbaik jgk utk baby sendiri. jaga pemakanan & jaga pemikiran. fikir yg baik² je. jgn stress². insyaAllah baby awk ok
sama laa . sy dlu dpt thu pregnant . dah mcm mcm pkir . bila bby dah strt rasa gerak . pastu ttiba tak grak . adoi lg pkir bebukan . kalau bole tiap mggu nk scan hahaha . tp Alhamdulillah takde pape sbnrnya . kita je mgkin sbb risaukn .
sy ada pengalaman anak anencaphaly.. mmg tiap kali preg akn ade perasaan takut mcm tu..tp selalu kene keep in mind, anak kita sihat normal.. in shaa Allah, kita pun lbh tenang..kalau rase tak senang duduk, boleh buat details scan..minggu 20 keatas dh blh buat details scan
Normal jek tu..sama jugak sy sampai sekarang..dh bersalin pon.. Kdg xleh tdo sbb takut ape2 jd kt ank.. Selalu sgt tengok medsos ank org ni cmni.. Ank org tu cmtu.. Sampai jd takut.. Tp kite ni manusia biasa cuma mampu berdoa jek.. Semoga nya baik2 saje..
Saya pun mcm sis.. tp masalahnya defect babies skrg bkn boleh dilihat melalui scan shj (fizikal). Ada yg kena tunggu lahir bru boleh dpt tau cthnya defect berkaitan saraf (mentally) yg hanya bole diagnos bila dh cecah beberapa tahun.
Arina Atiqah Binti Mohd Yusof