boleh. pastikan mental dn fizikal awak kena kuat. kita panggil kaedah relaktasi. kaedah mengadakan susu badan semula. option 1st - baby directfeeding 1) buat oral stimulation. pastikan tangan awak cuci bersih dulu sebelum buat oral stimulation. kenapa kena buat utk baby yg nipple confuse. 2) kerap skin to skin dgn baby (awak shirtless dan baby pakai pampers sahaja) utk bg ada bonding semula dgn baby. utk baby kenal bau awak. 3) mandi sekali dgn baby awak. utk baby rasa kehangantan kulit awak. 4) pujuk baby setiap hari dlm 10-15minit. pastikan pujuk baby sebelom feeding que baby yg terakhir. kalau baby tolak harini. esok cuba lagi. yg penting awak tak putus asa. baby mungkin permulaan nya akan menangis sebab susu badan awak belom ada. awak kena teruskan buat setiap hari. bagi rangsangan dkt breast awak. supaya otak awak terima signal utk produce susu badan semula. 5) pujuk baby dlm suasana yg tenang tanpa gangguan bunyi dn keadaan bilik agak suram. boleh juga pujuk baby masa baby mamai. option 2 - epmom (exclusively pumping momma) 1) jaga jadual pump. pump permulaan setiap 1@2jam sekali. Ingat walaupon pump keluar angin sahaja awak kena teruskan. sebab niat awak nak bagi susu badan semula. pump ni including mlm. xboleh miss. 2) boleh selit power pumping. timing power pumping terbaik antara jam 12am-6am. boleh pilih salah satu masa utk buat power pumping. buat dlm masa 2mggu direct. kita buat ni utk bagi rangsangan dekat breast supaya otak terima signal utk produce susu badan awak semula. 3) hasil susu tu bukan sehari awak buat terus ada. akan ambik masa. yg penting awak jgn give up. option 3 - both (directfeeding dn pump) 1) sama macam step atas. 2) boleh buat tandem pumping. sebelah menyusu sebelah awak pump. Tips: * Pastikan awak dapat support dari org keliling awak. terutamanya husband awak. * Jangan stress. stress akan mempengaruhi pengeluaran susu badan awak. * Masa awak buat ni awak enjoy je. awak cuba igt something yg boleh buat awak happy * Jangan putus asa. tiada yg mustahil. sedangkan mommy yg ambik anak angkat pon boleh produce susu badan. inikan pula kita yg melahirkan baby❤️ * Trust yourself yang awak boleh buat
boleh...nnti puan try g klnik swasta pakar wanita tnye ada tak ubt tuk reset bg nk myusukan bby balik..mcm sy dlu ada doc pakar tu kata ada pil akan di beri jika susu takde dan jika target nk susukan ank smpai ank umur 2 tahun blh bli ubt trsebut dan kena consult 1st dgn doc...mg dpmudahkan segalanya amiin