βœ•

24 Balas

Allah takkan beri apa yang kita tak mampu. Allah beri maknanya kita mampu. Percayalah, sy pernah berada fasa takut nk bersalin lg ii as firstime mom. Kdg smpai fikir mati 😭 tapi bila lepas fasa beranak rasa mcm x percaya rupanya aku sekuat tuu πŸ₯Ή tak semua perempuan boleh rasa mcm tuu, kita dpt rasa bersalin bersyukurlaa. InshaAllah, sis kuat πŸ₯° sy doakan sis dipermudahkan setiap urusan bersalin. Aamiin 🀲🏻🀲🏻

sy pn dlu takut sgt. msa ank first pn umur bru 18 dh melangkah labour room mna x takutnya .tp mcm mna pun sy kena hadap, at the end sy kena czer . 😌 second baby msa sy 21 pun rsa takut tu masih ada bila masuk labour room walaupn dh prnh masuk, sma jgk kena czer. tp contraction tu tuhan je tau,smpai patah besi katil sy genggam pdhl msa tu bru 4cm heran jgk org lain 4-5cm msih ad yg blh relax πŸ˜“. Apa apapun sis kena kuat, bykkan berdoaa.. Smoga dipermudahkn .

Sama sis. Mula2 sy pun mcm ty dlu. Takut sangat. Tpi nak dkt2 wktu bersalin tu xrsa sngt dah sebab perut makin besar dn sakit pelvik tu. Cm xlarat dh nak bawa perut. Dalm hati aku redha je la situasi bersalin ni nnti. Sakit mcm mna pun, lepas dh nmpk anak depan mata nnti sakit tu xbrpa sakit dah. Jgn overthinking sangt sis bahaya stress2. Doa2 jak moga bersalin nnti dipermudahkan semua. Tempuhi je dgn semngt yg kuat. Ibu2 lain boleh, xkn kita xboleh kan?

Biasalah takut pada benda yg kita xtahu. Sy dulu pun mcm tu jugak sbb doctor dah bagitau siap2 sy akan beranak awal atau on time and akan kena induce. Gerun bila kawan2 cite mase dorang bersalin mcm mcm cite yg buat kite takut. Tp kena tabahkan hati jugak lah nak hadap. Dan dari awal dah plan nak pakai epidural ketika bersalin tu. Nasib jugak dpt doctor yg baik jadi pengalaman bersalin saya kat labour room tu still ok.

Memang sis perasaan takut tu tak kan hilang sampai la masa nak beranak. Tp jangan terlalu takut sebab kawan saya sampai darah tinggi naik ke 160 dan emergency czer tp time tu dokto suruh dia relax jugak sebab bahaya kalau czer time darah tinggi sangat boleh bawak maut. Masa baby dia lahir pon tak menangis dan baby premature.. boleh takut tp jangan terlalu takut. Inshaallah dipermudahkan semuanya. ❀️

TapFluencer

study, sis. boleh start birth prep dah. fitrah manusia untuk takut apa yg kita tak tahu. jadi ambil tahu mcm mana proses kelahiran tu, cara nak layan contractions, apa tanda2 perlu ke hospital, tips & tricks kurangkan sakit contractions, study & practice cara pernafasan yg betul especially deep breathing etc. benda simple2 je pun takpe. janji kita makin tahu. inshaAllah lama2 kurang rasa takut tu.

31 mei lepas alhamdulillah saya selamat bersalin anak kedua. banyakkan exercise squat. makan makanan sihat. Insyallah minda akan tenang. bersalin ni sebenarnya kita kena ada preparation utk badan pada hari kemuncak nnti. xde la kita/badan kita terkejut. bersalin adalah sesuatu yg normal berlaku. tiap hari ada org bersalin. jadi be prepare and think positive

TapFluencer

InsyaAllah dipermudahkan urusan kita ibu2 yang pregnant and bakal bersalin. Kat buku pink end page banyak info prep bersalin seperti exercise n breathing technique, saya banyak baca daripada buku pink je alhamdulillah mudah bersalin. Sentiasa kekal tenang and fokus deliver anak dengan selamat ya sis, ikut arahan nurses n doc yang akan bantu dalam lr tu.

InsyaAllah boleh je sis. Allah mmg jadikan perempuan tu kuat untuk tempuh proses bersalin. Saya pun due bulan 6 tp bulan 5 dh bersalin. Menggigil satu badan masa hari air ketuban pecah tu. Masa rasa contraction tu lg la mengucap panjang tp insyaAllah kejap je masa berlalu tgk2 baby dh keluar. πŸ™‚πŸ™‚

sy sepatutnya due 7/7..tapi doc bagi awal 2 minggu 20/6 ..pastu elective czer pula tu ,samala sis..sy nervous sgt2 biarpun sebelum ini 2 kali dah pernah czer πŸ™‚tapi no 3 ni czer+BTL huuuuuu..seram rasanya..nak tanya jga ada tak mommy2 yg ada pengalaman BTL sakit sgt ke ? ambil berapa lama pulih ?

Soalan popular

Artikel Berkaitan