Baby bwh 6 bln minum air masak

Ibu2, ada x yg bg air msk tuk baby bwh 6 bln? Kak ipar sy asal dtg je rumah sy asyik paksa bg baby air msk. Baby sy bru 3 bln. Stahu sy xleh bg slain air susu kt baby. Ada ke yg bg air msk kt baby bwh 6bln? Xde negative effect ke ye? #firstbaby #firstmom

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

awak tepek kt dahi kak ipar awak. soh dia baca penerangan dr doctor imelda balchin pakar o&g ni Mai nak habaq lagi sekali. JANGAN BERI BAYI MINUM AIR MASAK SEBELUM USIA 6 BULAN. Saya nak beritahu anda semua sebab-sebabnya. Silalah share beramai-ramai, semoga semua ibu mertua masing-masing mendapat ilmu pengetahuan ini dan tidak memudaratkan cucu sendiri. Masalahnya ialah kalau kata ‘JANGAN’ tanpa memberitahu sebabnya, ramai orang tak dengar nasihat. Kita mesti mengetahui dan memberitahu sebab di sebalik semua nasihat yang disampaikan untuk membantu masyarakat berfikir dan menerima nasihat yang terbaik dari yang ahli di dalam bidang. Pertama: Badan bayi tak sama dengan badan orang dewasa. Kandungan air di dalam badan bayi memang pun lebih tinggi dari kandungan air di dalam badan orang dewasa. Lebih kurang 55% berat badan orang dewasa ialah air, tetapi 75% berat badan bayi ialah air. Maka bayi tidak perlu minum air seperti orang dewasa. Kedua: Kandungan susu ibu ialah 88% air dan rendah garam. Susu ibu mengandungi semua keperluan air dan garam untuk bayi manusia. Susu ibu manusia ialah kurniaan Allah yang terbaik untuk bayi manusia. Tak perlu lagi tambah apa-apa air masak untuk bayi sebelum usia 6 bulan yang belum lagi boleh makan. Saya menasihatkan ibu-ibu jangan beri susu lembu asli atau susu kambing asli kepada bayi sebelum usia 1 tahun sebagai pengganti susu ibu atau pengganti susu formula, sebab kandungan garam yang terlalu tinggi di dalam susu lembu asli atau susu kambing asli, selain dari mengandungi protein susu yang lebih susah dihadamkan oleh perut bayi manusia. Susu formula yang dirumuskan khas untuk bayi lebih baik lagi dari susu lembu asli atau susu kambing asli untuk bayi sebelum usia 1 tahun, sebab susu formula sudah dikurangkan garam, lebih air dan mengandungi protein yang lebih senang dihadamkan oleh perut bayi manusia. Saya juga menasihatkan ibu-ibu jangan beri air masak kepada bayi sebab ini boleh menyebabkan terlalu banyak air dan kekurangan garam di dalam darah bayi, iaitu WATER INTOXICATION. Ketiga: Perut bayi sangatlah kecil dan tak boleh minum banyak-banyak sekaligus. Dia boleh ambil sedikit saja pada satu masa, sebab itulah cepat lapar semula. Sebab itulah bayi perlu minum susu ibu sedikit-sedikit tetapi dengan KERAP. Bayi perlukan protein susu ibu dan khasiat di dalam susu ibu untuk membesar. Di dalam air masak tidak ada apa-apa khasiat, tiada zat dan tiada protein. Jika anda penuhkan perut bayi dengan air masak, dia akan tak lalu minum susu ibu sebab perut dia sudah dipenuhkan dengan air. Ini boleh menyebabkan bayi kekurangan nutrisi penting untuk membesar dengan sihat. Keempat: Untuk payudara ibu membuat susu dengan banyak, ini memerlukan stimulasi dari bayi. Lebih banyak kali ibu menyusukan bayi, maka ada lebih stimulasi untuk payudara ibu membuat lebih susu mengikut keperluan dan permintaan bayi. Inilah dinamakan supply by demand. Jika anda dah bagi air masak kepada bayi dan bayi dah kenyang dengan air, maka bayi tidak akan mahu menyusu, akibatnya ialah payudara ibu pun akan tidak membuat banyak susu dan susu ibu akan berkurangan. Kelima: Bayi belum boleh makan, maka tidak telan kandungan garam yang tinggi di dalam makanan seperti orang dewasa. Makanan pejal mengandungi kandungan garam semulajadi yang lebih tinggi dari susu ibu. Selepas orang dewasa makan, mestilah minum air secukupnya supaya darah manusia dewasa tidak menjadi terlalu pekat dengan garam. Kalau tak minum air, orang dewasa akan rasa kehausan sebab kepekatan garam di dalam darah orang dewasa dikesan oleh otak yang kemudian akan signal kepada anda rasa kehausan supaya anda mencari air untuk diminum. Maka bayi yang belum makan tak haus macam orang dewasa. Kandungan garam di dalam susu manusia itu sangat rendah, lebih rendah lagi dari susu lembu. Maka bayi tak perlu lagi tambah minum air seperti orang dewasa yang makan makanan pejal. Selagi bayi belum makan, iaitu sebelum usia 6 bulan, bayi tak perlu minum air masak. Keenam: Buah pinggang bayi sangatlah kecil, belum lagi matang dan belum boleh lagi berfungsi seperti buah pinggang orang dewasa. Buah pinggang bayi tak boleh tapis terlalu banyak air untuk membuat banyak air kencing seperti orang dewasa. Jika orang dewasa minum banyak air maka lebih banyak air ditapis keluar sebagai air kencing. Tetapi buah pinggang bayi belum lagi boleh berfungsi sepenuhnya. Buah pinggang bayi tak boleh proses terlalu banyak air. Akibatnya ialah jika anda beri bayi minum air masak, darah bayi akan menjadi cair sebab terlalu banyak air berkumpul di dalam darah dan tidak dibuang oleh buah pinggang. Inilah dinamakan WATER INTOXICATION. ——————————————————————— Apakah komplikasi WATER INTOXICATION? Bila kepekatan garam di dalam darah menjadi terlalu rendah atau cair, iaitu hyponatremia, sel-sel badan tidak boleh berfungsi, termasuklah sel otak, sel otot dan sel jantung. Akibat WATER INTOXICATION ialah: Sawan, kelemahan badan, muntah berlebihan, kerosakan otak, coma dan kematian. Orang dewasa pun boleh dapat WATER INTOXICATION, sawan dan kematian jika minum 6 litre air sekaligus, tetapi bayi yang baru lahir boleh dapat WATER INTOXICATION jika diberikan minum air masak walaupun hanya sedikit. Kalau nak bancuh susu formula pun, ada arahan penting mengikut sukatannya. Jangan sengaja bancuh susu formula dengan terlebih air. Jangan cairkan susu formula sebab ini juga boleh menyebabkan WATER INTOXICATION kepada bayi. Pesanan saya yang terakhir, apa yang bagus untuk anda, jika diambil dengan berlebihan boleh menjadi racun. The dose makes the poison. Jadi jika anda tahu sudah ada cukup air untuk keperluan bayi di dalam susu ibu, anda tidak akan sumbat air masak di dalam mulut bayi. Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda. Kongsikanlah ilmu ini beramai-ramai untuk kesihatan bayi-bayi kita. Terimakasih. Dr Imelda Balchin Professor (clinical) KPJ University College Pakar Perunding Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine MSc in Public Health

Baca lagi
Post reply image
1y ago

most wc awak❤️. itu la yg kita geram selalu nya awak. awak kena tegas tau. sebab nnt ank sakit bukan kak ipaq awak nak jaga. silap hari bulan dia tutup mata mcm xde pape. awak yg nk kena jaga baby awak. sama juga dgn mknn. kalau akak ipaq awak dok soh baby awak mkn ckp BIG NO. baby bawah 6bulan xboleh makan lg hanya boleh diberi susu ibu/fm. usus baby xkuat

tak boleh sis ,memang kena bagi susu je sebab baby kan tak boleh makan lagi, dari susu je die dapat nutrisi