Minum air gula
hi ibu ibu, ada tips minum air gula tak? saya kalau ikutkan takpayah minum air gula sebab bawah 25 tahun & family takada sejarah kencing manis. tapi disebabkan berat naik mendadak sampai 3.3kg dalam masa sebulan terpaksa minum 🥲 #firstmom #ingintahu
sy dapat air gula perisa oren, suam suam, sedap je time minum tu. sebab kita kan dah puasa dari malam tadi, anggap tu minuman kita bukak puasa, minum sekali teguk je, jangan stop stop. awak amik je cawan air gula tu, baca bismillah terus minum. jangan pulak ditenung dulu air gula tu 😅 kalau awak minum sikit sikit, lambat habis, lagi susah nak habiskan. sambil tunggu 2 jam untuk amik darah kali ke2, standby minyak angin, kalau boleh tidur, awak tidur je dulu supaya awak takde rasa loya nak muntah ke apa ke. sebab kalau awak muntah sebelum amik darah kali ke 2, awak kena repeat lagi sekali minum air gula. sy minum air gula 2x, alhamdulillah tak sangkut.
Baca lagiSaya pun mcm awak, berat naik mendadak sebulan. Sebelum ni sikit je naiknya. Terkejut bila naik almost 3kg 🥲 terus nurse set date utk minum air gula. Berdebar sampai tak lalu makan 🥹
Aamiin! 23weeks 5hari hehe awak?