8 Balas
boleh baca penerangan dr doctor imelda balchin pakar o&g. Item 4 Bila confinement lady bersalin dengan saya, saya bagi nasihat amalan kesihatan terbaik selepas bersalin: 1) Boleh makan semua jenis sayur-sayuran, semua jenis buah-buahan, seafood, telur, ayam, daging yang biasa dimakan, selagi tiada food allergy. Tak payah pantang-pantang makanan berkhasiat. Telur, ayam dan seafood bukan penyebab nanah atau kegatalan - itu hanya mitos. Janganlah mengharamkan makanan sihat yang halal. 2) Boleh minum air secukupnya, 2-3 litre sehari, boleh minum susu, boleh makan lauk berkuah, boleh minum soup-soup. Minum air bukan penyebab faraj becak - itu Mitos. Faraj becak hanya berlaku di zaman dulu jika ibu terpaksa teran berhari-hari dan bersalin di rumah tanpa bantuan doktor dan ada koyakan yang teruk kepada pundi kencing. Inilah obstetric fistula yang masih lagi berlaku di negara Afrika zaman sekarang di mana 50% ibu masih lagi bersalin tanpa kehadiran bidan bertauliah atau doktor perubatan. 3) Untuk sarapan pagi, boleh makan roti, boleh makan breakfast cereals, boleh makan oat porridge, boleh makan bubur, boleh makan nasi lemak, boleh makan capatti, boleh makan tosei, tiada larangan pun. Makan roti bukan penyebab rahim kembang - itu hanya Mitos. Bila yis dimasak, sel yis akan mati dan berhenti berkembang bila roti sudah siap dimasak. 4) Nak buat susu secukupnya untuk bayi, ibu perlukan 500 kalori tambahan sehari jadi jangan sekat-sekat apa ibu makan supaya ibu boleh berjaya exclusive breastfeeding untuk 6 bulan sebelum bayi boleh mula makan. Susu ibu ialah susu terbaik walaupun bayi ada jaundice, kembung, demam, cirit-birit, selsema, susu ibu tetap terbaik. Selagi ibu boleh membuat cukup susu untuk bayinya, selagi itu tak perlu pun susu formula. Cara terbaik untuk ibu turun berat badan ke saiz sebelum mengandung ialah dengan breastfeeding dan amalkan PEMAKANAN SIHAT. Tak payah menyekat makanan-makanan sihat untuk ibu yang menyusukan bayi. Kalau nak pantang makan, pantanglah junk food, bukan pantang makanan sihat. 5) Bayi hanya perlukan tambahan susu formula atas nasihat doktor jika ada masalah hypoglycaemia (bacaan gula rendah) selepas bersalin, jika ada dehydration, jika ibu ada masalah menyusukan bayi atau jika susu ibu tidak mencukupi. 6) Ibu boleh tidur apa-apa posisi yang selesa untuk ibu, tidak kira bersalin Caesarean Section atau bersalin normal, nak tidur mengiring pun boleh, nak tidur baring pun boleh, tiada halangan selagi ibu selesa. Jangan bimbang rahim senget ke tak senget, itu bukan satu masalah kesihatan dan rahim akan tetap mengecut ke saiz asalnya dalam masa 4 hingga 6 minggu selepas bersalin juga, tidak kira apa posisi tidur ibu, tidak kira bersalin Caesarean Section atau bersalin normal, tidak kira mengurut rahim atau tidak dan tidak kira pakai bengkung atau tidak. Selepas 6 minggu, selagi tiada fibroid, semua rahim mengecut ke saiz yang asal selepas bersalin. 7) Hanya untuk ibu yang ada risiko tinggi venous thromboembolic disease iaitu risiko darah beku di dalam saluran darah, saya akan cadangkan TEDS (thrombo-embolic disease stockings) untuk membantu pengaliran darah jika ibu tidak berjalan-jalan, tetapi untuk ibu-ibu lain ikut suka lah nak pakai setokin atau tidak di dalam rumah sendiri. 8)Ikut suka dan keselesaan ibu nak pakai baju tebal ke nipis, nak pakai seluar ke kain, nak pakai bengkung atau tidak, nak mengurut atau tidak, nak bertunku atau tidak, nak buka kipas ke tidak, nak buka aircond ke tidak, nak minum air sejuk ke panas, nak minum air ais atau tidak, nak ikat rambut tocang ke tidak. Tiada paksaan atau larangan. Minum ais bukan penyebab rahim kembang atau becak - itu Mitos. 9) Jangan tak mandi dan tak basuh rambut sebulan ya....kebersihan diri itu sangat penting untuk kesihatan fizikal dan emosi. 10) Tak perlu paksa ibu-ibu makan jamu yang tidak pernah pun terbukti memberi kesihatan yang lebih baik untuk wanita. Tradisi makan jamu ini datangnya dari Jawa tengah dan bukannya amalan berjuta-juta wanita di seluruh dunia. Berjuta-juta wanita di seluruh dunia tak makan jamu pun sihat juga. Sudah ada kajian di Indonesia yang menunjukkan 23 dari 25 jamu yang dikaji mengandungi bahan kimia dari tumbuhan yang boleh memudaratkan hati jika diambil setiap hari untuk jangkamasa panjang. Hanya ada 7 pantang: A) Pantang semasa darah nifas dari bersolat, berpuasa dan hubungan kelamin sehingga darah nifas kering dan berapakah hari nya berbeza untuk setiap individu (bukan pantang 44 hari). Jika hendak menjarakkan kehamilan, gunakanlah kaedah merancang keluarga yang berkesan. Jika tidak bersedia untuk hubungan kelamin, ajarlah lelaki menjadi suami yang penyayang yang memahami isteri. Hal rumahtangga suami-isteri ialah urusan mereka sendiri, bukan urusan acik bawang nak suruh pantang bersama berapa hari. B)Pantang merokok dan asap rokok (termasuk vaping) C) Pantang minum alkohol D) Pantang makan ikan besar laut dalam yang ada lebih pencemaran mercury yang tinggi seperti ikan ikan jerung, ikan swordfish/todak, ikan marlin, ikan king mackerel, ikan tuna besar. E) Pantang makan Junk food. Apa yang terbaik ialah elakkan makanan segera, makanan berproses, makanan tinggi garam dan pengawet, makanan dan minuman yang tinggi dengan gula tambahan untuk seumur hidup. Sekali-sekala boleh lah merasa tetapi jangan biasakan makan junk food sebagai amalan hari-hari. F) Pantang Stress: Jangan menyusahkan diri sendiri jika tak mahu buat apa yang tak perlu buat. Jangan benarkan diri anda dibuli oleh acik bawang. Tiada makanan atau minuman penyebab bentan - itu hanya Mitos. Jika ibu ada pendarahan banyak, jangkitan bakteria, demam, kemurungan, meroyan, buasir yang teruk, sembelit, bengkak susu sehingga demam, varicose veins, tekanan darah tinggi, diabetes, masalah darah beku di dalam saluran darah atau apa-apa masalah perubatan, doktor akan beri nasihat rawatan. Tak payah percaya kepada penjual jamu yang ambil gelaran bidan tanpa tauliah perbidanan, tanpa pendaftaran perbidanan dan tak pernah pun memberi perkhidmatan menyambut kelahiran bayi tetapi mereka kata mereka ada lebih pengalaman menjaga ibu selepas bersalin dari doktor pakar O&G. Jika ibu-ibu selepas bersalin ada masalah seperti di atas, yang merawat mereka ialah doktor O&G, bukannya penjual jamu yang menyalahgunakan gelaran bidan. Kami doktor-doktor tidak akan membenarkan ibu yang bersalin yang ada masalah kesihatan pulang ke rumah sehingga sembuh. Bila pulang ke rumah, ada lawatan dari jururawat masyarakat untuk memantau kesihatan ibu dan bayi, sebab ini bukannya tugas penjual jamu yang ambil gelaran bidan yang bukan pun pengamal kesihatan bertauliah. Jika didapati ibu atau bayi tidak sihat, jururawat masyarakat akan membawa ibu dan bayi kembali ke hospital untuk rawatan dengan doktor juga, bukan bawa ke penjual jamu yang membuat tuduhan palsu bahawa doktor pakar gynae tiada pengalaman menjaga ibu selepas bersalin. Patient confinement lady saya kata kat saya OK, memang dia memilih nak ikut nasihat saya. Dia kata sebenarnya dia tak amalkan adat berpantang pun untuk diri sendiri, hanya kalau client memilih untuk berpantang cara tradisional dia akan memberi perkhidmatannya. Ooooo saya jawab serupalah macam saya, kalau patient nak beranak 10 kali, ikut suka dia lah, saya akan memberi perkhidmatan menjaga kesihatan ibu-ibu ini, tetapi saya sendiri tak mau lah bersalin sampai 10 kali. Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda semua.
boleh baca ni juga βDoktor Imelda, betul ke ibu yang menyusukan bayi tak boleh minum air sejuk atau air berais, nanti bayi dapat selsema?β Jawapan saya: Ini ialah auta yang mengarut sungguh. Mai nak habaq. Saya nak tanya anda semua, bila anda pump atau perah susu, pernah ke susu yang keluar itu sejuk? TAK pernah kan? Selagi ibu itu masih HIDUP dan selagi manusia ialah MAMALIA BERDARAH PANAS, susu yang keluar dari payudara ibu semuanya PANAS seperti suhu darah ibu juga. Bayi tak akan dapat susu sejuk bila menyusu direct dari payudara ibu. Hakikatnya ialah: 1) Apa yang ibu minum tak terus masuk ke dalam payudara ibu. 2) Apa yang ibu minum akan masuk ke dalam perut ibu. 3) Apa yang masuk ke dalam perut ibu akan menjadi suhu badan ibu dalam masa beberapa minit saja. 4) Dari perut, makanan dan minuman dihadamkan dulu sebelum diresap ke dalam saluran darah kecil yang mengelilingi perut dan usus ibu. Yang tak boleh hadam atau diresap, akan keluar menjadi najis. 5) Dari dalam darah ibu, toxin diproses oleh hati ibu dah buah pinggang ibu untuk dibuang. Jangan percaya kepada produk-produk membuang toxin. Berikan kredit kepada hati dan buah pinggang anda. 6) Khasiat di dalam susu yang dibuat oleh kilang susu di dalam payudara ibu, datangnya dari darah ibu yang ditapis dan diproses oleh kilang susu untuk menjadi susu. 7) Maka sebab itulah susu ibu sama panas seperti darah ibu, tiada air sejuk atau air ais kat dalam susu ibu. 8)Lagipun, penyebab selsema itu jangkitan virus laaaaa bukannya makanan atau minuman. Kena belajar sains apakah penyebab selsema. Jangan salahkan apa ibu minum atau makan naaaaa. 9) Jangkitan virus itu senang berjangkit dari anak-anak lain kepada bayi, dari bapa kepada bayi, dari pelawat kepada bayi dan dari ibu kepada bayi, melalui ciuman, melalui virus yang terlepas dari batuk-batuk atau bersin dan melalui sentuhan tangan jika tak basuh tangan sebelum sentuh muka bayi. Jika pelawat ada selsema, jangan lah pi dekat bayi dan batuk depan bayi, cium-cium bayi dan sentuh muka bayi dengan tangan tak basuh, lepas tu pi tuduh ibu minum ayaq sejuk. Adoi laaaaa π€¦π»ββοΈπ€¦π»ββοΈπ€¦π»ββοΈπ€¦π»ββοΈπ€¦π»ββοΈπ€¦π»ββοΈπ€¦π»ββοΈπ€¦π»ββοΈπ€¦π»ββοΈπ€¦π»ββοΈπ€¦π»ββοΈπ€¦π»ββοΈπ€¦π»ββοΈπ€¦π»ββοΈ 10) Jika bayi dapat selsema, apa yang terbaik untuk menyembuhkan bayi ialah melalui penyusuan ibu. Jika bayi ada selsema, ini bermakna bayi ada jangkitan virus. Virus itu terjangkit dari orang di sekeliling bayi itu yang membawa virus itu, bukan dari air sejuk atau air ais yang ibu minum. Sudah tentu ibu pun dah terjangkit virus yang sama dengan virus yang bayi ada, sebab ibu lah paling dekat dengan bayi, maka badan ibu akan membuat antibody melawan jangkitan virus yang menyebabkan selsema itu. Antibody dari darah ibu akan masuk ke dalam susu ibu untuk diberikan kepada bayi. Bayi akan mendapat perlindungan dari ibu melalui susu ibu. Insyallah. Jangan salahkan ibu dan jangan kecam ibu yang menyusukan bayi. Hakikatnya ialah ibu lah yang memberi perlindungan kepada bayi. Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda. Dr Imelda Balchin Pakar Maternal & Fetal Medicine.
awak kena makan makanan yg berkhasiat utk hasil kan susu yg berkualiti. kena ada carbo+protein+fibre makan nasi dgn ikan kering sahaja tidak mencukupi. apa2 yg awak makan atau minum, hanya sedikit sahaja yg masok susu ibu. bukan semuanya masok dlm susu ibu. kerap sakit perut tu macam mana? baby kembung ke? boleh jadi lekapan baby salah pon boleh jadi punca baby kembung. kalau baby berak kerap tu normal. baby bawah 3bulan kalau berak 7@8x masih normal. susu fm ni awak kena try and error. antara baby alah susu fm adalah cirit birit, sembelit, muntah, batuk berkahak, etc.
Sy masa berpantang makan dan minum semua sis. Sy bg susu badan sahaja dan mmg baby cirit, najis warna kuning dan perut dia berbunyi. Doc kata itu normal untuk baby yg menyusu badan dan tak ada kaitam dengan pemakanan. Sy ada ambil pakej makanan berpantang. Makanan yg dalam pakej juga ada yg berkuah, ada oren sunquick so kenapa awk stop ambil makanan berkuah? Kekurangan air juga boleh menyebabkan cirit birit jadi sy sarankan sis makan je semua macam biasa, stop sebentar susu formula, dan bila jadi mcmtu pada anak just calm down dan selesakan dia macam biasa.
pemakanan awak sendiri pun tak sihat. nasi kosong, ikan kering je tak cukup khasiat. stop minuman manis dah elok dah. kena makan lagi banyak sayur, ulaman, lebihkan bawang putih/halia dalam masakan untuk buang angin naturally, banyakkan buah. makan ikut suku suku separuh. tak kisah pun nak berkuah. ayam pun tinggi protein. boleh je nak makan. asalkan khasiat makanan tu kena balance. dah try exercise baby setiap hari tak? exercise kaki boleh tolong baby buang angin. tummy time pun kena kerap buat. kalau sebulan dalam 3-5 minit pun cukup dah sehari
Kalau anak sakit perut walaupon kita dh jaga pemakanan,kemungkinan dari penyediaan susu formula..awk pon kata dh tukar susu byk kali..awk guna air apa..kalau air tapis dr coway,atau cuckoo atau skymagic atau apa2 brand pon.elok lah awk bagi jerang balik air tu baru buat susu utk baby..perut baby baru lahir sensitive sgt..nanti bila baby dh besar sikit baru boleh minum air terus dari penapis tu..ikut dari pgalaman sy la,sbb ank sy dlu pon kembung perut bila guna air betul2 mengelegak baru ok..
ada bgtw Dr x? amek gmbr najis dia tnye Dr normal x.. tkot baby lactose intolerance.. tyme awak bg full bf pun baby sakit perut ke? lps bg fm pun sme ke sakit perut mcm bg bf? Tp awak ckp baby x cirit cuma nanges ble berak kn? Baby sye pun dlu mcm tu sbb dye x pndai meneran.. Ble da msuk 2 bln bru dye x nanges ble berak..
ibu yg bf bayi harus tahu.. wajib jaga pemakanan kita sbb anak bf dgn kita.. nk hasilkan susu yg berkualiti si ibu tu sndri kena mkn benda yg ada carbo + protein + fibre.. air masak kena minum bnyk..
Anonymous