Tips cepat bukaan please
Hye mommy, share tips cepatkan bukaan boleh ke?🥹 Harini 37w4d , dah 3 hari sakit perut tangkap pinggang + menekan ke bawah , pastu 2 hari dah baby kurang aktif . Jalan dh buka tp baru 1cm . Ni 2nd baby . Contraction dah ada dan rasa makin sakit . #advice #SeriusTanya
Saya pun 37w 5d harini. ada rasa senak2 area ari2. tpi tk pegi check sbb tk rasa sakit contraction atau keluar lendir. cuma baby pun dh kurang gerak
Hye mommy.. Boleh bersama suami untuk contraction lg kuat...semoge dipermudahkan urusan bersalin
sis cuba berdiri dan jalan2 insyaallah.semoga di permudahkan
Makan Nenas n suruh suami hantar makanan pedas2. Cth roti ikan bilis ke.. Nasi sambal Belacan ke
buat senaman mcm siti jamumall.. cuba search d tiktok
Betul tu.. Lagi plk dah masuk 37 week ni.. Sakit kelengkang nk cangkung pun susah ni kan pula nk pakai sluar dalam..
sama sy. due 2/8 nih. rasa baby kurang aktif 😢
Timing tk sama tu camni . Normally baby cukup 10 kick pukul 2-3 tp hari dy kurang aktif tu , 10 kick pukul 6 baru cukup then malam tk aktif . So esoknya still sama, dr 9-12 tu baru dapat 3 kick dan perut makin sakit dan menekan kebawah. Tu sy datang hospital, tambah2 baby dh matang ni, bila2 je boleh keluar .
sis, awak dh bersalin ke bukaan dh bukak berapa ?
belum bersalin. Masih 1cm td , doc induce belon dah huhuhu sbb dh 3 hr baby tak berapa aktif
Semoga di permudahkan urusan bersalin sis
Cuba jalan itik ngn ketuk ketampi
moga dipermudah urusan bersalin.
Makan nenas
Hujung2 boleh lah mkn. Cpt bukak laluan
بسم الله الرحمن الرحيم?