33 Balas

hye sis..maaf ya..klu kata2 sy mnguris hati sis ya..pertama sekali sis jgn stress takot terganggu nanti..tambah2 sis da nak bersalin tu..kedua, sis kena tau..apa saja kesalahan ada balasannya..mungkin bahagian sis begini dan bahagian sy pula lain, org lain pula lain bahagiannya..tk ada manusia yg perfect..kena redha sis jgn rasa teraniaya, jgn rasa anak juga teraniaya..lapangkan dada, bertaubat dan mtk pertunjuk yg sesungguhnya..InsyaAllah..ada jalan dan cara tuk sis nanti..aturan ttp aturan..kita tk boleh pertikaikan sbb da begitu cma kita boleh perbaiki diri kita je..tuk anak ada sbb kenapa peraturannya begitu..tuk perbetulkan nasab keturunan..takot nanti sampai akhir silapnya tmbah klu anak perempuan sis..soal yg lain cba sis berbincang dgn pasangan sis..komunikasi penting sgt dlm keluarga..berbincang baik2..soal org sekeliling, kita mmg tk boleh nk ttup mulut manusia dr berkata2 dan jadi keyboard warrior tp sis anggap saja pahala dan kentalkan ati..sis nak tenangkan ati..sis boleh dgr ceramah2 dr org2 yg pakar ya sis..jgn stress2 k sis..faham, tk mudah sbb kadang2 family sndiri pertikaikan tp sis kena redha..pendaftaran anak sis nanti..sis tny dulu pada pegawai jpn dan sis cba cari dlm nie..sbb ada pengkongsian dr rakan2 yg lain..sy pernah terbaca..nanti sis cri ya..maaf ya..klu ada mngguris hati sis..sekadar terpanggil untuk komen..semoga sis kuat tuk anak sis ya..

ya fikiran saya sngat terganggu ..sya tahu saya buat dosa..niat saya hanya nak mluah dan cari cara bukan nak dngr org yg ada komen ckap mcm sya tak kenal apa itu dosa 😭😭😭😭 trima ksih bagi komen positive didengar ...

sbb tu sy suruh awak berlapang dada,hati dan fikiran..cuba buka fikiran awak dan luaskan pandangan awak..sy cuba jawab awak sebaik mungkin agar awak tak tersinggung sbb sy sedih awak ckp anak teraniaya seolah2 Allah yg aniaya anak awak..bukan awak jer melalui perkara ni..kami ibu2 yg ada anak wlpn bukan anak tak sah taraf pun masing2 ada ujian nya sendiri..kenapa awak rasa kami tak diuji..kami diuji sis..kami ibu2 lain jgk ada kesusahan masing2 berkaitan hidup ini,berkaitan anak2..tp itu tak jadi lesen utk kita merasa teraniaya dgn hukum2 tersebut..maaf lah kalau awak merasa tak tenteram atau keliru disebabkan komen2 sy..niat sy cuma untuk awak sedar sebelum menulis dan bercakap sesuatu tentang hukum2 islam..sbb ia sgt2 sensetif..percaya lah..mungkin masa ni awak sukar menerima..nanti satu masa awak akan faham dan menerima..yg pasti jgn terlalu fikirkan ttg nasib anak yg bakal dibuli..redha dan buat sehabis baik awak sebagai seorang ibu..doa2 awak dan ajaran2 awak semasa membesarkan anak..itulah yg paling penting dlm hidup mereka..sekali lagi sy minta maaf andai kawa awak terluka dgn komen2 sy ❤❤ sy syg saudara sy..niat sy cuma nk menyedarkan awak dr menulis sesuatu yg bukan dlm bidang pengetahuan awak sblm awak terlanjur berfikir dan rasa yg lebih dr itu lagi..Allah maha adil terhadap hamba nya..percaya lh sis..

anak tak tanggung dosa ibu bapa, anak tak boleh pilih macam mana nak dilahirkan dan siapa ibu bapa.. tapi kita ni yg boleh fikir, boleh buat pilihan, dan kadang2 pilihan yg kita buat tu sendiri yg menganiaya anak, sebab hukum ni tak pernah berubah pun, jadi harap sis redha, tak tambah dosa salahkan Allah atau hukum ye.. cuma cadangan saya yg pernah saya baca untuk elakkan orang luar fikir bukan2, selain daripada Abdullah, boleh juga dibin/binti kan dgn Abdul+99 nama Allah.. saya ada saudara yg ambil anak angkat tak sah taraf, dan kebetulan ayah angkat nama sama, cuma ejaan tu JPN dah tetapkan untuk kes2 anak tak sah taraf ni, jadi yg tahu sahaja akan tahu.. lagi 1 cara, masukkan nama ayah sebagai nama anak.. contoh ayah nama Ali, kalau anak sah taraf di ruangan nama anak nama Aisyah, nama ayah Ali, jadi Aisyah binti Ali, tapi anak tak sah taraf boleh didaftarkan sebagai Aisyah Ali, Ali tu adalah nama dia sendiri.. jadi bila sebut nama, orang takkan perasan, dari segi dokumentasi, tetap sebagai anak tak sah taraf.. semoga Allah permudahkan segala urusan sis, suami dan anak, terima taubat kamu berdua, teguhkan iman kita semua..

owh lg 1, walaupun sis dapat sorok daripada orang luar, tp jangan sorok daripada anak ye, sebab cara yg saya sebut ni, JPN/jabatan agama islam tetap dapat trace status anak.. jadi harap berterus terang semasa usia anak dah matang, supaya tak jadi masalah bila nak kahwin tiba2 anak baru tahu daripada JPN ke jabatan agama islam..

TapFluencer

Ikut hukum syara’, Jika dari tarikh nikah hingga anak dilahirkan ada sekurang2nya cecah tempoh 6 bulan, anak masih dikira sah taraf. Pihak JPN pun akan register anak berbinkan bapanya. Tapi jika tak cukup syarat ni, awak jangan pertikai hukum ALLAH. Haram menidakkan hukum ALLAH dan sepatutnya awak tahu semua berpunca dari diri sendiri. Bukan ALLAH yang menganiaya, tapi awak dan laki itulah yang telah menganiaya anak yg tak berdosa tu. Dia lahir sebagai manusia yg suci dan bersih. Yg berdosa dan akan diadili ALLAH adalah awak dan pasangan. Jika rasa stress, ubati dgn taubat. Bab harta tak payah nak risau, ALLAH dah siap2 tentukan rezeki masing2. Yg kena risau adalah dosa2 silam dan minta sgt ALLAH lupuskan dosa2 tersebut serta taubat diterima. Iman bukan warisan. Tapi anak2 adalah kain putih. Kitalah yg mencorakkannya. Bentuklah anak tersebut jd seorang yg soleh/ solehah. Ini saham tertinggi buat ibu ayah.

dlm wasiat tue semua ank dpt sama rata , dia x beza bezakan yg sah taraf atau tak . bkn ats sbb siapa yg lebih berhak tp lebih kpd perikemanusiaan agar ank yg tak sah taraf td x rasa tersisih walaupun dtg dr benih yg sama hya saja berbeza taraf .

Sis, perkara yg dah berlaku, berpunca dari kita sendiri. Apa yang terjadi, tidak dapat mengubah hukum hakam agama islam. Sis kena tenang dan kuat. serta bersedia dari segi mental. kerana orang luar, dan anak sis sendiri akan bertanya kenapa nama ayahnya lain dri adik2 yg lain. Buat rayuan di mahkamah pasti tidak dapat access untuk dibin/bintikan nama ayahnya. saya faham sis mengandung sekarang, emosi tidak stabil. tapi, jangan menyalahkan org lain yg tidak ada didalam situasi sis. orang lain diuji dengan masalah yg berbeza, yg mampu mereka hadap. sis diuji dgn ujian begini. iya, ini dosa dan ini juga ujian pada sis, keluarga kecil sis dan anak nanti. apa pon, sis kena kuat. walau ada kecaman ke ape. jgn mempersoalkan kenapa xboleh dibin/bintikan anak itu. terang bersuluh sudah ada jawapannya. jangan deny. Kehidupan harus diteruskan. apa yg lepas, lepaskan je. hadap hari yg mendatang.

xboleh sis. Dalam nasab memang aturan dia begitu. Kena terima hakikat atas perbuatan. Berkenaan harta yg puan bulatkan tu, yess dia x dpt mewarisi harta tapi dia blh terima any hadiah yg diberkan kepada dia. Klu nk tanya bab harta kena tanya pihak berwajib lah mcm jabatan agama. Diaorg lebih arif. So kene redha dan bykkan muhasabah diri. Lakukan yg terbaik as mom dan father utk menebus apa yg puan dan suami dh lakukan. Berikan kasih syg sepenuhnya dan secara adil jika ada adik beradik yg lain. Jika umurnya dh smpi waktu dia memahami, beritahu hal sebenar pd dia. Jgn esok klu anak tu dh nk kahwin ( klu anak perempuan), baru nk dedahkan. Patah hati anak awk tu. Sbb nnti satu saat dia akan tanya. "Kenapa saya binti/bin abdullah tapi adik2 yg lain bin/binti ayah". So berterus terang semasa umur dia dh matang. Saya cadangkn beritahu masa umur dia dh habis sesi sekolah menengah.

VIP Member

Tak apa sis. Jangan stress2. Bnda dh brlaku tak boleh buat apa. Anak sblum nikah memang x boleh berbin/binti kn bapa. Cuba redha. Skrang dkatkan diri dgn Allah, husband & wife kna brubah. Kalau btul2 rasa brsalah dgn anak, cuba buat yg trbaik, brubah, & dekatkan diri dgn Allah. Keadaan sy pun sma mcm sis. Anak sulung sy sma mcm anak sis. Alhamdulillah skrg kmi bahagia sbab kami redha & sedar silap kami. Bab berbin/binti kan bapa, inshaallah dh besar nnti dia akan faham. Fikir positif dan fikir masa depan anak, biar anak mbsar dlm pskitaran yg positif😊. Jangan stress nnti effect baby. Mulut org memang kita tak boleh nak halang, tp cuba untuk tutup telinga, buat2 tak dengar dan jangan ambil tahu langsung. InshaAllah tenang jer hati☺️

Allah 😢 sebakkkk sangat saya baca apa awal huraikan ..terima kasih

maaf..anak tidak sah taraf memang tidak boleh berbin/binti kn dng nama bapak..bagi anak perempuan bapak tidak boleh menjadi wali ya nanti jadi tak sah nikah anak too..xpe walaupon dia anak xsah taraf puan didik lha dia dari segi agama yg betul..bila dh besar puan cerita kn perkara yg sebenar..selalu doakan buat si anak semoga dia akan menjadi ahli syurga pada suatu hari kelak..jng takot pada dunia luar..ingt ramai anak2 luar nikah yg dibuang@dibunuh kerana kekejaman ibu bapak..jng kita jadi salah satu dari mereka..anak too anugerah Allah yg sangat bernilai untuk kita jaga dan syg..

saya setuju dengan yuu mingzhu..

itu memang hukum dalam islam, mcm mna sekalipun kena terima. bab harta, awk blh ambil hibah utk anak. hibah tu je dpt tolg dia nnti. didik anak dgn agama. biarlah dosa kita ni Allah dh hukum siap2 asbab perbuatan sendiri. kesian kat anak tpi kita jdi ibubapa yg terbaik. Anak tak sah taraf sama je dgn anak2 yg lain, suci bersih & tak berdosa. jgn patah semangat, jgn sedih. Allah tahu. mungkin kita tersasar & org sekeliling mencemuh tpi segala taubat kita Allah saja yg tahu. Allah maha pengampun. jaga elok3 amanah Allah ni. lebih baik kita jaga drpda kita buang kan? maksudnya kita masih ada rasa manusiawi. Allah nk bgi lebih. rezeki anak tetap ada. berjalanlah sesuai dgn takdirNya.

sis. benda dah berlaku. banyak2 istigfar. skrg tunggu nak bersalin. lebih baik tenangkan hati. kgn stress skrg sbb apa yg anda rs, baby akan rasa. kalau awak kerap nangis. anak awak juga nanti akan kerap nangis dan merintih juga. nanti waktu tu lagi awak stress. baik ini awak tumpukan pd diri awak sahaja. Alhamdulillah. awak telah bernikah. benda dah leoas kgn dikenang tp jadikan pengajaran. selepas bersalin. buat persediaan selama 8tahun. persediaan bagaimana nak jawab pada anak jika anak bertanya. dlm ms itu.kedua2 anda perlulah muhasabah diri. semoga anda selamat dan bayi juga sihat.

amiin..saya sekarang tengah coba utk tenangkan diri sbb sangat2 tertekan .. terima kasih sebab dah ingatkan saya ..saya terlupa sekejap ada cahaya dlam rahim 😢

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan