keputihan banyak

haii semua. trimester 2 ni mmg keputihan semakin banyak ke? sebab saya perasan lately ni banyak keputihan turun. tapi warna agak kekuningan / hijau. tiada bau. tiada rasa kegatalan. before ni ada sangkut kencing kotor, tapi dr suruh bykkan minum air kosong. last check up (march), dah tak sangkut. tapi sekarang ni minum air banyak pun, keputihan pun ikut banyak😅 kenapa ya??? dan skrg saya kuat sakit perut dan tiba2 panties saya basah waktu saya tidur/baring. tekstur dia air jernih mcm ala ala berlendir sedikit. kenapa ya? saya risau!😭😭😭😭😭😭#ingintahu #firstbaby #pleasehelp #bantusharing

5 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Tak normal. Sy baru je kena mcm awk last 2 weeks. Sy pun tak gatal and tak bau. Tp bila check air kencing mmg ada kuman. doktor bg sy ubat insert ikut bawah dgn antibiotik untuk 5 hari. So far dah kurang keputihan tu. Doktor pesan if jadi lagi makin banyak, mmg kena datang balik. Sbb if hilang tak semestinya tak datang balik. Depends on mcm mana kita jaga bahagian bwh dan pemakanan kita jugak. Saya pun mmg minum air masak je tp still sangkut jgk air kencing kotor. So nasihat sy, pg je klinik.

Baca lagi

tak normal first pregnancy dulu, sy warded 1 hari buat test gbs, masuk mulut itik, insert ubat😢, sbb keputihan yg banyak, warna putih je takde bau, sy g kecemasan sbb risau, mmg positif gbs, minum air banyak pun sama jugak, bersalin 36 minggu. second pregnancy takde lg keputihan skrang dah second trimester, bila teringat rasa risau takut jadi lagi.

Baca lagi

Dekat kk aritu doc ade tanya. Sy beritahu sy ade keputihan. Doc terus beritahu kene buat hvs test. Yg masuk mulut itik tu. Buat la awk. Dekat kk free je. Sakit skit utk first mummy. Tapi takpe,demi keselamatan bby,mummy sanggup wat ape je. Hehe

Saya pun ada keputihan turun dan byk. Kalau aktif berjalan warna kekuningan mcm tu. Sy tnya dr, dr kta ok selagi x gatal n bau. Apa2 pun awk blh tnya dr awk utk lebih kepastian.

nanti checkup inform nurse, doktor akan buat hvs test. tak normal kalau keputihan selain warna putih.