fakta ke mitos?

hai semua saya nak tanya sikit lah. ada ke yang pernah perah air limau nipis dekat kemaluan anak perempuan? nenek saya asyik paksa je suruh perah air limau nipis dekat kemaluan anak saya sebab dia cakap untuk keluarkan lendir. kalau tak perah nanti dah besar banyak masalah kewanitaan macam banyak keputihan. saya tak bagi letak tapi dia cakap perah tak banyak sikit je and buat dalam 2 3 hari macam tu. tolong bantu saya bagi nasihat perlu ke tak perlu buat semua ni. haritu dia suruh picit puting anak untuk keluarkan air tapi saya tak bagi jugak. dia buatkan saya paranoid nak tinggalkan anak sekejap walaupun cuma untuk pergi mandi. sebab saya takut time saya mandi tu dia buat bukan2 dekat anak saya. btw anak saya baru 17 hari. #Needadvice #AskingAsAMom #Sharingdong_Bund

36 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

keputihan tu perlukan pencegahan nti baby dh remaja esok2.. bkn masa baby.. kalau masa skrg perah limau, esok2 dia tak tukar seluar dalam, tak tukar pantiliner, tetap ada bakteria jgk..

xperlu kot nk buat semua tu, sbenar nya lendir tu mmg normal akn keluar nti lama2 akn hilang kita just lap2 je..org yg mengurut Sy dlm pantang Pon suh picit puting sy bt xtau je.

3mo ago

1. Kulit kemaluan bayi sangat sensitif • Limau mengandungi asid sitrik → boleh sebabkan pedih, kemerahan, luka, dan bayi akan sakit teruk. 2. Risiko jangkitan serius • Bahagian kemaluan dekat dengan saluran kencing → kalau luka, bakteria boleh masuk → jangkitan saluran kencing (UTI) atau jangkitan kulit. 3. Tidak ada sebab perubatan • Tiada kajian atau amalan perubatan yang sarankan limau untuk bersihkan kemaluan bayi. • Membersihkan cukup dengan air bersih dan kain lembut. 4. Memicit puting bayi • Puting bayi bukan benda yang perlu dipicit. Memicit boleh sebabkan trauma fizikal, bengkak, lebam atau jangkitan. • Bayi memang kadang ada keluar cecair susu (galactorrhea) kerana pengaruh hormon ibu semasa lahir, tapi ini normal dan akan hilang sendiri. Tak perlu picit. 5. Risiko kesihatan • Jangkitan bakteria boleh berlaku kalau ada luka kecil selepas dipicit. • Stres pada bayi – dia boleh rasa sakit dan menangis lama. Apa patut buat? • Jangan ikut petua nenek yang pelik atau e

awak ambik limau nipis too ,awak perah dekat kemaluan nenek awak too dulu ...kalau dia tanya kenapa ,awak cakap untuk buang lendir ,bila dah tua tua lagi banyak lendir

tak perlu ikut ya mama...mgarut...slagi anak sihat x perlu ikut benda yg mgarut mcm tu...nnti ikut petua ntah apa2 anak sakit kita yg susah...bukan dorang...hehe

aduhhh nenek pon knapa la benda2 dulu tu xpayah la meh sini nk tonyoh limau kt nenek dulu pedih ke dk.baby kot kesian la stgy sakit apa benda satgy lagi susah

Ngerinya baca. Jangan ikut sis.. mengarut je.. takut mudarat kat anak.. pedih la kalau perah limau kat kemaluan anak. Kesian baby tak berdosa..

meh sini saya picit puting dan perah limau kat bawah nenek tu geram sangat saya baca mengarut betul

3mo ago

cuba tnya anak2 dia. betul ke xde keputihan skrg...

xpayah la sis. mengarut je semua tu baby baru je lahir, kang xpasal2 masuh hospital pulak. masa sis nk mandi tu mntk tlng suami jagakan anak.

3mo ago

suami saya awal pagi dah keluar kerja sis. sekarang ni saya harapkan ibu saya jelah, sebab saya percaya dia takkan buat benda merepek without kebenaran saya. cuma nenek saya je saya tak percaya. dia jenis semberono je

tak, skg ni dia tau ke anak ppuan dia ada keputihan ke tak? 🤣 tah2 ada je, cuma x report kat dia hahah

3mo ago

keputihan tu semua ada sis sebab hormon kan hahahah

tokwan Sy xde plak petua mengarut mcm ni.dgr suh picit puting sampai kuar air..Allah x ke sakit bb tu

3mo ago

tak semua kot sis yang ikut petua macam tu