2 Balas

Recheck list ni. 1. Meal anak perlu seimbang. Ada bubur, sayur, protein. 2. Bagi buahan sebagai snack 3. MENERAN adalah proses yang normal. Stool liat seperti plastesin itu normal. Bukan sembelit. Google stool chart untuk tahu anak anda berada di skala berapa yang dikatakan sembelit. 4. Liquid intake jaga. Jika anak kurang minum air,usahakan topup cecair dari sumber lain seperti makanan berkuah, susu, homemade jus/minuman kultur tanpa gula, buah yang tinggi kandungan cecair seperti tembikai. Cuba juga ubah suhu air. beri air sejuk chiller. 5. Exercise 6. Elakkan gabungan double carbs atau makanan tinggi kandungan carbo dalam satu hidangan 7. Jika anak menyusu FM pastikan bancuhan betul dan susu serasi dengan anak. Jangan cair kan susu atau ubah sukatan susu. 8. Jika anak breastfeed normal tak poo hari hari. Dan 6bulan biasanya makan sikit je jadi normal kalau tak poo hari hari. Jika semua dah ok dan anak masih sembelit sila rujuk doctor. Info dari group Happy Babyfood Malaysia.

Youre welcome. Boleh join group tu, di Facebook. :)

ye betul tu..sbb kurang air masak..kalau sembelit, kne minum bnyak air masak bg najis lembut..kalau bby xkuat minum, kene bg makanan yg lembut..mcm yg dokter suggest tu, bubur..sbb tu lepas bg bubur bby dah xsembelit.. yg sy boleh cadangkan, beli kan botol air untuk bby..yg berstraw..senang dia nak sedut..mcm anak sy, sy belikan botol air yg dia suka..kat diy je..dia pilih sendiri..isi air masak..letak dekat dngn dia selalu..nnt dia rase nak minumm je sbb botol dia cantik 😂🤣

Anak saya tak reti lagi minum guna straw. Terpaksa bagi minum dalam botol susu or cawan. Tak pun guna sudu. Tapi anak saya susah betul nak suruh minum air masak. Bila bagi je dia keluarkan balik. Huhu

Soalan popular

Artikel Berkaitan