kalau dari segi perubatan, lebih baik mommy berjumpa doktor, untuk pemeriksaan. kalau dari segi Islam, yang saya belajar dulu di Uia, cara kira haid dalam islam maximum 15 hari. maximum haid - 15 hari minimum suci daripada haid - 15 hari 15 + 15 = 30 hari kalau darah keluar lebih 15 hari tu dikira istihadah. wajib mandi wajib, solat dan tukar pad setiap kali sebelum solat. contoh - period 1/1 - 7/1 (7 hari) - kemudian datang semula haid pada 10/1 (itu masih dikira haid) - walaupun 8/1 - 9/1 - tu sudah suci tanpa darah haid, sudah mandi wajib dan solat semua 1/1 - 10/1 tu dikira haid. jika solat, tak perlu qada'. tapi kalau dah puasa 8/1 - 9/1 tu, wajib qada'. cara kira 15 hari tu 1/1 - 15/1 (walaupun tengah2 antara hari tersebut ada dah boleh solat, sebelum datang haid semula) . Darah yang selepas 15/1 tu dikira istihadah. maaf ye, panjang lebar. harap dapat membantu beri penjelasan kepada mommy dan ibu2 lain yg alami masalah yg sama.