Berat naik cepat sangat

Hai semua, just before pregnant tu berat saya dalam 65kg. But was really active la. Ni dah nak masuk 12 weeks haritu check, 5kg dah naik, so 70kg 🥲 Sebab memang tak byk exercise sbb pening2 mual, pastu ada bleeding haritu mmg lagi la kurang berjalan. Dr kata quite fast juga la naik so kena pantau takut2 berisiko kena penyakit2 lain especially diabetes. Ada sesiapa yang pernah/sedang melalui experience yang sama dan apa yang you guys buat untuk maintain your weight. Pemakanan tu saya memang try untuk jaga la sekarang, cuma exercise je mcm haih susah betoi. You guys exercise juga ke dan if so, exercise apa korang buat? Ada tak yang turunkan berat badan masa tgh mengandung (possible#firsttimemom #SeriusTanya kee?)

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

mmg kena control mkn je sng. suku2 separuh. nasi 1 cup lauk byk. mkn sikit tp kerap. manis2 ambik weekend je. xyah exercise xpe bykkn buat kerja rumah n berjalan pun dh memadai. masa preggy klau once berat dh naik, mmg x boleh turunkan melainkan maintain or naikkan berat sikit2. sbb klau turunkan or diet time preggy mmg bahaya utk baby. dh beranak nk diet turunkan berat badan silakan

Baca lagi