Muntah berterusan

Hai Selamat Pagi mommies. Sy skrg pregnant 11w++. Cuma bila sy makan n minum tak sampai 5min mmg muntah habis. Badan mmg lembik + pening kepala lepas muntah tu. Skrg sy takde amik apa² supplemen tambahan just mkn maltofer je. Just nak tahu jika muntah berterusan mcm ni bahaya tak ye pd baby? Kdg risau bila muntah baby tak dapat nutrisi ke apa. Tolong saya please 😢#firstbaby #pleasehelp

4 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hai sis. Cuma sikit tips. Kalau sis asyik kerap muntah lepas makan, saya sarankan cuba makan dalam kuantiti yang sikit tapi sis kena makan dengan kerap. Bila nak makan, make sure portion tu sikit sahaja. Pastu kalau rasa macam lapar ke apa ke, makan lagi dalam kuantiti yang sikit. Saya muntah juga lepas makan tapi takdalah kerap. Apa yang saya buat, bila lapar saya akan makan tapi dalam kuantiti yang sikit. Dan saya akan makan bila betul2 lapar

Baca lagi

Saya pun macam awak. Lebih baik awak pergi klinik. Disebbakan air dalam badan saya berkurang sampai -3 mmg kena masuk air. Kalau tak bahaya utk awak & baby. Saya scan waktu tu kesian baby jantung laju sangat. Lps masuk air alhamdullilah jantung dah normal. Sebb kalau muntah teruk sangat mmg kena pergi jumpa doc

Baca lagi

sama la kita . makanan tu singgah tak stay lagi terus keluar balik . lembik rasa ulang alik muntah . tapi saya cari makanan lain yg boleh makan. taknak biar perut kosong . tapi struggle la nak cuba makanan apa yg boleh makan tanpa muntah

kira teruk juga la tak sampai 5 min dah muntah2. pls do check with doc, mungkin akan diberikan ubat muntah. risau boleh jadi dehydrated.