Jadual berpantang first time mom😭

Hai saya first time mom, berpantang dengan mertua, tapi boleh ke sape² share perjalanan pantang dari pagi sampai malam? Means apa aktiviti ibu, baby dan ayah untuk first time ni 😭 keliru sangat. Contohnya bila waktu tungku, mandi, makan, tummy time dan sebagainya. #Needadvice #firsttimemom

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Pagi2 mommy & baby dah kena mandi, jgn lewat2. Then make sure mommy sarapan to avoid perut masuk angin. Ptg pun sama baby kalau boleh mandi sebelum 6pm. Tungku param pilis urut tu terpulang & x kisah nk buat anytime asalkan time baby tidur (biasanya siang & pagi). Tungku ada yg buat hari2, ada yg tak. Depends tp kalau hari2 lagi bagus, rasa badan ringan, nifas mengalir lancar kalau pengalaman saya. Urut pula depends juga nk panggil bidan datang urut selama 3 hari ke 7 hari ke tp makin selalu urut, makin lega badan. Tummy time tu bila2 masa baby terjaga boleh buat, start dari baby umur 12day. Cuma susah nk agak bila baby free nk buat tummy time ni sbb lepas lahir je kita kena susukan dia setiap 2 jam (termasuklah malam) pastu dia akan tidur. Kena tau wake window baby ikut usia. Berapa jam dia kena jaga then brp jam dia kena tidur. Biasanya jadual2 ni kalau ada pun kita takkan ikut sbb awal2 lepas bersalin hidup sgt lah barai lagi2 kalau dpt high need baby. Mmg tak cukup tidur maklum laa setiap 2 jam kena susukan anak. Kalau breastfeed 1 session je kdg sampai 30-40min. Tinggal lg sejam lebih je kita nk rehat ke tidur ke or buat pape sbb nanti dah 2 jam baby nangis mintak susu lg

Baca lagi
4mo ago

thank you 😘😘