39 minggu 2 hari

Hai, nak tanya, kalau ada rasa sakit mencengkam kat bawah bukan perut kerap juga datang serang then sakit belakang juga rasa, contraction ke tu? Due 21/07. Mmg harap sgt bersalin sebelum edd. Ikutkan sy ada bukaan 1cm 5/7 cuma skrg tak tahu lah ada progress ke tak sbb takde check bukaan. Baby mmg dah engaged masuk laluan. Ni anak kedua. Anak first dulu 38w 2d dah bersalin, kena induce masa tu. Jadi sy lupa² rasa contraction, induce terus rasa kuat. Kat lr plak hidu yg gas tu lalok terus, sedar² doktor tanya ada rasa nak berak ke. Tu je, tau² rupanya baby dah nak keluar masa tu 😂. Anak kedua ni je tunggu tanda. #bantujawab

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Alhamdulillah dah selamat bersalin dah 3.34pagi 17/07/2024. Ptg 16/07/2024 mula rasa sakit kat bawah pastu rasa mcm nak terberak tu. Teragak agak sakit contraction atau bukan sbb anak first dulu kena induce. Ingat tak ingat je sakit contraction tu. Malam makin kerap mmg sah la rasanya ni contraction. Serius rasa baby mcm nak keluar dah, rasa nak meneran. Rupanya sekali dh sampai hospital tu dah 8cm. 10 min dalam lr meneran. Maka lahirlah bayi lelaki berat 3kg. Sy share kot ada yg alami mcm sy kena alert la tau. Make sure rasa sakit tu mcm mana.

Baca lagi
4mo ago

same lah saya pun due date 21.7 tapi tnda2 nak bersalin tu tak da lagi ada pun kontraksi palsu je perut kejap mengeras kejap tak dh berapa hari tapi masih larat nak tahan sbb tk sakit sgt hrp sgt tak bersalin overdue puas pujuk baby pun tk nk keluar dia baby masih aktif seronok agaknya kt dlm tu😆