Mak mertua kata susah nak jaga kalau CZER

Hai nak luah sikit. Saya anak baru sorang nak masuk 2 tahun. Mak mertua pesan kalau mengandung lagi jangan sampai bersalin CZER . Mak mertua siap cakap anak2 nya tak pernah lagi czer. #bantujawab #sharing Susah nak jaga katanya. Saya jadi takot nak mengandung lagi. Takot kena czer. Sebab saya mak dah tkde. Pantang anak first mak mertua jaga. Sebenarnya normal atau czer dua2 memerlukan pengorbanan kan 🥹 asalkan anak & ibu selamat. Macam mana pendapat korang nak atasi situasi macam tu.

31 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

klw laki x tlg dlm bepantang dn hrp semua mentua yg buat lepas nie merancang ja jgn beranak kecuali blh jga diri sendiri klw laki jaga elok masa bepantang tanpa campur tangan org tua lge bgs klw x jaga lepas nie befikir la byk kali klw nk tmbh

untuk jaga mental selepas bersalin, simpan duit tepi utk CL/ confinement centre. Yang penting ibu baik baik je. kita bukan tuhan untuk tentukan bersalin normal atau czer. semoga urusan sis dipermudahkan ♡

jangan bimbang . bersalin nanti jaga sendiri je. saya baby 2nd pantang sendiri. mak jauh. mentua dekat pun saya memang takmau kena jaga. yang penting sama bincang dengan suami

awak kalau rezeki lebih better awak amik CL je utk jage awak n baby..inshaAllah mental fizikal pon dpt jga dgn elok… inshaAllah semoga dipermudahkan segala urusan..

kesiannya sis.. macam mana juga kan nak elak kalau misalnya anak ke2 nti pun akan czer .. apa pun smoga dipermudahkan urusan sis 🙏🏻♥️

sy ank sulung sulung czer,jaga sdri je...mak mertua xtlg pn alasan xthu mcm mne nk jaga,mak sdri dh xde jgk..klau ad duit lbh,upah CL je

mak mertua zalim .. normal atau czer bukan kehendak kita .. kalau tak rela Jaga suruh anak lelaki dia tu jaga

eh, kalau doktor dah ckp kena czer, kena jugak. nanti membahayakan bayi Dan ibu

xpayah mak mertua jaga sis..pantang aje sendiri..ada duit lebih amik CL ...

ok mak tak payah susah2 jaga saya.