Berat badan anak bawah 7kg

Hai mommies, saya nak tanya berat anak saya 6kg lebih sahaja sekarang 9bulan 8hari, lahir prem 36week++ berat lahir 2.64kg . baby saya minum susu badan tapi kalau saya ada urusan apa apa minum formula dalam 5oz sekali susu. Tapi lebih kepada bf. Anak saya tak tolak makan, sentiasa nak makan. Makan 3kali sehari, snek 2kali gitu. Saya selalu cuba masakan yang berlemak, tukar tukar menu baby, cuma tulah kenapa ya anak saya susah sangat nak naik atas 7kg ? Kesilapan saya dimana ya untuk diubah ? Saya ada baca komen, anak terlalu berjaga siang hari pun berat boleh terganggu, betul ke? Memandangkan anak saya dah mula lasak, time tidur tak tentu, kadang siang 2/3kali tidur, dalam 30min-1jam lebih malam berjaga juga kadang pernah tidur lewat . Bulan depan baby ada appoiment 10bulan untuk pantau berat dan ukur lilit kepala. Saya risau sangat sangat , apa perlu saya lakukan ?#SeriusTanya #ingintahu #bantujawab #bantusharing

3 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Awk jangan risau tau. Budak ni makin besar makin lasak. Tidur pun kadang lama kadang tak. Makan banyak pun kalau lasak sangat maybe berat susah naik. Yang penting sihat. Kadang ikut genetik parents. Anak saya halus sbb saya dengan husband pun tak la besar mana. Anak buah saya sangat semangat sbb parents dia pun semangat. Awak jangan risau sangat. Yang penting sihat. Keep je bagi makanan berkhasiat. Baby Saya pun 7kg, 9 bulan. Kena follow up balik sbb berat tak naik. Tak apa yang penting anak sihat.

Baca lagi

ank sy lahir 36week jgk..ye kdg sbb kurang tido siang.mcm ank sy meal 3 Kali seari.. snacking 1 or 2 Kali sehari.lepas mkn n menyusu pg..die tido 3 jam..pastu bgn main n bg mkn lunch n menyusu..pastu tido blk..last dinner mkn.mlm2 kerap menyusu.menu sy bg chesse.. potatoes purple..ayam isi dada.. unsalted butter..kentang..pear.. yogurt ..susu full cream..oat bb..10month 9.2kg

Baca lagi

Rasanya sebab part tidur tu. Anak saya pun lahir 36w berat 3kg & banyak tidur dari 3m. makan since 7m ashik main2 banyak yg dia luek. Active mmg active sbb dah mula nk berdiri. Tp tidur tetap tidur malam tu dia tidur 11pm sampai 7am straight. Siang pun 2 3 jam tidur per session. 8 bulan dah 9kg, 9 bulan ni belum timbang

Baca lagi