Baby start makan

Hai mommies. Baby sy dh nak masuk 6bulan .. dh nak start makan .. utk hari pertama .. boleh ke bagi snacking buah ? Nak jadikan puree atau potong kecil2 letak dlm fruit feeder je ? Minta pendapat mommies sekalian..lpastu utk yg baby baru start nak makan ni ..boleh ke bagi snacking biskut baby #SeriusTanya #bantujawab #ingintahu #firstmom

6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hai, untuk baby yang nak start makan pada usia 6 bulan, anda boleh bagi makanan pendamping (complementary food) seperti buah-buahan. Bagi hari pertama, anda boleh jadikan buah-buahan itu sebagai puree atau potong kecil-kecil dan letak dalam fruit feeder untuk baby makan. Sebaiknya, pilih buah-buahan yang lembut dan mudah dicerna oleh baby seperti pisang, avocado, atau mangga. Pastikan juga buah-buahan itu telah direbus atau dikukus sehingga lembut sebelum diberikan kepada baby. Untuk biskut baby, sebaiknya ditangguhkan dulu kerana pada usia ini, baby masih perlu fokus kepada makanan asas seperti puree buah-buahan atau sayur-sayuran. Biskut baby mungkin terlalu keras untuk baby yang baru mula makan dan boleh menjadi risiko tersedak. Semoga ini membantu! Selamat mencuba dan ingat, perlahan-lahan saja ya dalam memperkenalkan makanan baru kepada baby. #SeriusTanya #bantujawab #ingintahu #firstmom https://invl.io/cll6sd8

Baca lagi

boleh awak, buah boleh diberikan pada hari pertama sebagai snacking, bukan menu utama. scr puree atau nak letak dalam fruit feeder, dua dua okay. saya lebih prefer fruit feeder, senang anak belajar untuk pegang. buah tu dah dikira snacking, biskut baby pun okay je cuma kalau boleh yang betul2 baby friendly (no salt/sugar/perisa tambahan dll). sekali sekala okay la. taste bud baby senstive, so kita taknak biasakan anak dengan makanan manis sangat. banyak real food yang kita boleh kenalkan untuk anak explore pelbagai rasa, dan sangat digalakkan untuk variasikan menu anak ya. boleh join group Happy Baby Foods Malaysia (HBFM) di facebook, banyak info, dan guideline tentang pemakanan anak. https://www.facebook.com/share/2UHvxmTpjt7sKzXH/?mibextid=A7sQZp

Baca lagi

hari pertama anak sy makan mangga 😂 kalau bg buah sy berani bg baby sy setakat ni pegang dan kunyah biji mangga, slice oren dengan kulit, pisang kecik half tak buang kulit supaya firm bila pegang. as long as kita monitor tak ada masalah sbb baby akan gagging keluarkan makanan yg dia tak boleh telan, tp kalau tak berani boleh bg dlm fruit feeder je untuk keselamatan. biskut baby boleh pilih yg sesuai 6bln. Kalau sy bawak baby keluar gi kedai makan dia pn dah boleh pegang dan makan biskut dia jd seronok lh lepak sama2 😆 sy cuba guna dedua approach BLW dan puree, latih baby pegang makanan sendiri. tp struggle sikit lh sbb akan confirm messy, tp bagus untuk anak, boleh coordinate tangan untuk pegang dan suap sendiri. 💜 all the best mommy.

Baca lagi

6 bulan tekstur mknan halus sehalus halus nya. kalau mata kita nampak benda tu keras means belum boleh lg. hari pertama tak perlu snacking...bby masih belajar utk terima solid food. bg bby belajar mkn karbo dahulu..after 1-2 weeks baru intro snacking. biskut bby better buat sendiri. kat luar semuanya ada perasa tambahan. kita cuma nk elak ank jd picky sahaja.

Baca lagi

First day intro solid better bubur kosong je dgn evo. Sbb baru nk berkenalan dgn solid. Texture yg sgt halus, kalau tak sembelit. Paed anak saya suruh hold dulu bagi buah. Focus bubur & sayur je after beberapa hari baru bg buah yg dibuat as puree. Biskut pun nanti dulu 7 8 bulan. Make sure biskut baby no salt no sugar

Baca lagi

Klu baby sy bg bubur nasi kosong 3-4 sudu untuk lunch.. dan petang bg apple potong besar sikit dia just hisap2 n pegang je apple tu tak gigit pun.. kadang letak dlm feeder klu buah senang hancur.. setiap hari sy bg nasi belah pg n snack buah utk petang.. so far xde masalah lagi