KK xde bagi suplement tambahan , tp biasanya akn advise produk yg ada kalsium macam yogurt, cheese. Sama sy pn x minum susu. Dah lupa apa lg yg ada kalsium. Sy mkn yogurt n pastu minum horlick. Tp horlick x disarankan sgt sbb risiko gdm plak. Sy minum je sbb takde gdm , asyik terliur je pun 😅
Ada saya mmg tak boleh minum susu nanti jd perut meragam cirit birit angin kembung tak selesa sgt. (Intoleransi Laktosa) doctor ada bg tau psl bende ni. ada susu yg utk Intoleransi Laktosa sis pegi farmasi nnt dierang akan saran susu tersebut. Or sis boleh beli supplement calcium.
Saya alahan susu lembu dan susu yg ada gula tambahan; maltodextrin. Jadi saya peminum susu kambing, soya yg no sugar/ unsweetened. Boleh ke KK, bagitau doktor tak dpt ambil susu sebagai sumber kalsium, dan minta pil kalsium jika doktor menilaikan bahawa puan perlu pil kalsium.
Nurse ckp minum je apa apa susu aslkan susu. Susu coklat ke apa ke susu hl pun sedap. Sbb bby tarik calcium. Saya dh mengalami, gigi berdarah kerap until i minum susu baru okay.
saya alahan semua jenis susu...try la nk minum susu preg...tp tak bole rasa besi pstu bila tgok susu je dah nak muntah...sya truskan mkn ubat kk bagi pastu mkn sayur buah
sy pun sama..xbole minum susu.. nk muntah.sy skang ambil cal mag D brand blackmores. sebelum tu sy tnya doc kk dlu.. bole ke x... dia ckp bole. sy pon makan yg tu.
KKIA tmpt saya tkde bekalkan pil calcium, nurse saya suruh beli dekat farmasi cakap nak pil calcium untuk pregnant... sebab saya cirit birit kalau minum susu
Boleh bli supplement sndri kt frmasi utk calcium..kt frmasi ada byk jenis..utk kuatkn tulang ibu dan bby jgk..
gantikan dengan makanan yang mengandungi produk tenusu.